BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Halaman Yang Tercipta OlehKu

Sahabat-Sahabat Hamba Yang Dikasihi....

Papan Pernyataan / Pengumuman

1. Pengumuman!! Kini blog ini sedang menjalani penambahbaikkan sistem dan kemaskini data serta menaiktaraf terutama di bahagian Menu (yang mana akan ditambah dengan Sub Menu). Oleh itu, diharap anda semua dapat menyokong hamba dan bersabar sekiranya berlaku ralat semasa mengunjungi laman ini.

2. Dengan sukacitanya, hamba akan meng'upload' segala fail berkaitan dan diletakkan di blog ini menerusi beberapa laman web simpanan fail iaitu Ziddu, Hotfile atau 4Shared.(P/s: Disebabkan Ziddu kini tidak lagi berada dibawah Linkbucks, maka pautan di bawah failnya akan mempunyai sedikit masalah. Jika berlaku, gunakan link alamat di atas bermula dengan http:// atau tekan link bertulis "Pergi Terus Ke Laman Anda"

3. Apabila anda menekan sebarang link (pautan) atau 'button' di dalam blog ini, anda akan dibawa ke sublink Linkbucks. Anda hanya perlu tekan "Skip This Ad" (atau nombor 'counting' dari 5 ke 0) pada sebelah atas kanan dan ia akan membawa anda terus ke laman yang dikehendaki.

4. Pelayan Linkwithin telah dikeluarkan atas sebab tertentu;jadi gunakan Menu yang tersedia di atas, atau klik di bahagian "Label Buku Terjemahan, Video@Audio", "Catatan Hamba Yang Ter'Hot'" dan "Senarai Catatan Hamba".

5. Jika anda melawat laman ini, dipersilakan menulis sebarang komen, cadangan atau pertanyaan menerusi "Ulasan" atau "ChatBox". Anda juga digalakkan untuk "Like" FB yang tersedia juga menjadi ahli bagi blog ini.

6. Terdapat gangguan pada fail 4Shared (masalah copyright), jadi lagu-lagu itu tidak akan dapat didownload dalam masa ini. Harap rakan-rakan semua bersabar dan Insyaallah, hamba akan download dan update link bagi setiap lagu itu kembali; kerana kini hamba bekerja.

Sekian, terima kasih.

Sila "Like" Jika Suka Sangat!

Nak Tukar Font? Silakan....

Translator Bahasa Hamba!

Selasa, Januari 03, 2012

Kepulangan Yang Dinanti - Diari Sehari!


    Alhamdulillah, akhirnya dapat jua hamba melakar coretan ringkas walaupun berada di kawasan yang kurang mendapat liputan internet yang memberangsangkan, iaitu kawasan pedalaman kampung. Syukur juga dipanjatkan kepada Illahi, akhirnya hamba telah selamat pulang ke pangkuan keluarga tercinta buat sementara waktu bagi melapangkan fikiran dan memperoleh tenaga baru sebelum kembali semula ke teratak Ibu Kandung untuk meneruskan agenda yang 'wajib' dilaksanakan. Hamba sememangnya sudah lama ingin pulang ke teratak ini, tetapi disebabkan kekangan masa dan juga kewangan yang mendesak, menyebabkan hamba terpaksa melupakan seketika hasrat untuk kembali bersama keluarga buat seketika.

     Sebenarnya, hamba tidak merancang untuk pulang pada hari semalam; terutama setelah selesai mengupload Nota Grafik di dalam laman blog ini. Sedang hamba bersantai-santai sambil 'berlegar-legar' di laman sosial Facebook, hamba merasa tersentuh melihat ruangan 'status' sebahagian rakan-rakan yang meluahkan rasa gembira apabila dapat pulang dan bersama-sama keluarga. Keadaan ini mengundang rasa 'cemburu' di hati dan membuatkan hamba terus membuat keputusan untuk pulang ke kampung, selain disebabkan ketiadaan teman sebilik dan kebosanan. Usai mengemas barangan yang hendak dibawa pulang dan mengutus pesanan kepada teman serumah, hamba melangkah dengan yakin ke kaunter bas di kawasan berhampiran rumah hamba. Sambil menunggu bas, hamba mengambil kesempatan mengisi perut di kedai bersebelahan.

     Apabila tiba di Kuala Lumpur, hamba dapat melihat betapa sesak dan padatnya ibu kota itu dengan pelbagai ragam manusia yang sibuk dengan aktivitinya yang tersendiri. Pada hari itu juga, hamba melihat 'keramaian' manusia yang maha dahsyat, sehingga memenuhi ruang jalanan di sekitar Pasar Seni sehinggalah ke Pudu Raya. Setibanya di sana, hamba terpana seketika menyaksikan 'puluhan' orang berasak-asak di dalam sana. Kawasan ini seolah-olah padat dan sibuk seperti tin sardin lagaknya, walhal sudah di'upgrade' baru setengah tahun yang lalu. Kemudian hamba ke sebuah kedai buku sewaktu melalui kawasan untuk ke Stesen LRT Plaza Rakyat, lalu membeli sebuah novel yang dihasilkan oleh penulis idola hamba, Encik Ramlee Awang Murshid yang baru dikeluarkan baru-baru ini, berjudul Seksyen 302. Hai, bertambah lagi koleksi novel hamba dan melengkapkan novel yang dihasilkan beliau di tangan hamba. Gembira sungguh rasanya, seolah-olah beroleh 'harta' yang amat berharga!


Buku terbaru keluaran Alaf 21 : Fiksyen 302

      Perjalanan diteruskan dengan baik dan lebih lancar, disebabkan di setiap kaunter LRT kini sudah boleh didapati 'laluan khas' untuk golongan OKU dan juga yang membawa barangan berat (beg-beg besar). Malah, hamba juga menggunakan kad terbaru yang dihasilkan oleh Rapid KL, iaitu MyRapid atau Rapid Pass. Penggunaan kad terbaru ini sangat baik dan sesuai dengan sesetengah golongan yang ingin bergerak dengan cepat (tanpa membeli tiket di kaunter) atau bersesak-sesak terutama ketika pulang dalam musim perayaan. Kad ini menggunakan kaedah topup dan hanya perlu tambah nilai di mesin yang disediakan oleh pihak syarikat. Kad ini mengandungi nilai minima RM30, RM20 dan RM10, serta tidak mempunyai tarikh tamat tempoh, berlainan sedikit dari kaedah topup. Ini bermakna apabila baki wang di dalam kad tidak lagi mencukupi / habis digunakan, anda boleh topup kad anda semula! Mudah, bukan? Ia sangat sesuai terutama untuk hamba yang jarang bertandang ke KL, serta tidak membazirkan wang untuk topup setiap bulan seperti kad Touch N Go.


Kad transit terbaru keluaran Rapid KL : MyRapid

     Setibanya di Pekeliling pula, satu pula masalah timbul. Tiket bas untuk ke Bandar Pusat Jengka dan Temerloh bagi syarikat Metro Bas, kesemuanya telah habis dijual! Oh! Apa sudah jadi? Mujur masih ada perkhidmatan bas 'angkut-angkut' untuk tiba di Bandar Temerloh, walaupun terpaksa melalui jalan lama, iaitu melalui bandar Karak, Lanchang dan Mentakab. Setibanya di Temerloh, hamba terpaksa ke 'berehat' sebentar kerana mengalami 'mabuk kenderaan'. Bukan bermaksud hamba manja, atau mengada-ada. Tetapi, hamba kurang 'tahan' sekiranya terpaksa menghadap sistem pengudaraan dalam bas yang 'kurang selesa' ditambah dengan memakan makanan berat  dan berminyak sebelum menaiki bas ke KL. Setelah diambil ayahanda di stesen bas, barulah hamba mengetahui bahawa bonda saudara, Mak Chik telah berada di kampung. Ini disebabkan untuk mendaftarkan sepupu hamba, iaitu anakanda keduanya ke sekolah agama di Chenor. Banyak perkara yang dibincangkan, selain bertanya khabar dan berbual panjang. Setelah makan malam, hamba dan keluarga pulang ke teratak asal hamba di Bandar Pusat Jengka. 

     Itu sahaja bingkisan perjalanan hamba untuk pulang ke rumah, bersesuaian dengan kata-kata bahawa "Rumahku Syurgaku" dan juga "Home Sweet Home". Sekian sahaja bingkisan hamba kali ini, bertemu kita di ruangan seterusnya. Wassalam...

Isnin, Januari 02, 2012

Kelas Grafik (Photoshop) : Membuat 3D Swoosh


Swoosh adalah sejenis aliran yang dibuat daripada garisan yang kelihatan seperti aktif atau bergerak. Kali ini secara ringkas hamba akan menghidangkan cara mudah untuk menghasilkan Swoosh.

1. Buat satu fail dengan dimensi seperti pada rajah.




















2. Kemudian padamkan Lock pada Layer Background dengan mengklik pada Layer dua kali.























3. Kemudian pada tetingkap New Layer, klik OK untuk menukar Layer Background kepada Layer 0.
















4. Kemudian klik pada Layer 1.






















5. Klik pada Pen Tool dan buat garisan seperti pada rajah. Caranya klik pada satu titik dan heret (drag) garisan itu dan tarik sedikit ke sisi kiri (jika hala garis itu ke kiri seperti pada rajah) ini adalah untuk menghasilkan bulat. Kemudian buat seterusnya sehingga menjadi seperti pada rajah.

Ahad, Januari 01, 2012

Cerita Sepanjang Perhimpunan 'Berdarah' UPSI - 1 Jan 2012


Hamba sekadar menyampaikan apa yang ada, bukan menambah lagi perisa yang ada. Sekadar renungan dan pedoman serta ikhtibar.


P/s :
Hamba tidak sekali-kali menyokong mana-mana pihak. Sekadar menyampaikan. Terpulang pada individu untuk memikirkan siapa yang benar dan siapa yang salah. Apa yang penting, janganlah kedamaian dan keamanan ditinggalkan...jauhilah persengketaan.

Tayangan Perdana 28 : Ra-One 2011 - Hindi Movie


Dengan segala hormatnya, hamba mempersembahkan

Ra-One 2011 - Hindi Movie


Terbahagi kepada 1 bahagian sahaja.

Sinopsis Ringkas :

Filem ini mengisahkan zaman milinium, iaitu pada tahun 2030; iaitu zaman di mana kemudahan teknologi berkembang dengan pesat serta menjadi 'nadi' dalam kehidupan manusia sehari-hari. Kisah bermula di United Kingdom (UK) pada tahun 2030, iaitu dalam sebuah persidangan teknologi. Di dalam persidangan itu, Jenny Nayar (Goswami) seorang pekerja bagi Syarikat Perindustrian Baron telah memperkenalkan sebuah teknologi baru yang mana membolehkan sebarang ciptaan daripada dunia siber 'diwujudkan' atau 'dibawa' ke dunia nyata, menggunakan transmisi wireless daripada gabungan beberapa perisian wireless yang lain. Shekhar Subramanium (Shah Rukh Khan), yang juga merupakan rakan sekerja Jenny pula, berdepan dengan peluang terakhir bagi menghasilkan sebuah 'video permainan maya' yang berlainan serta mampu menjana keuntungan kepada syarikat. Bagi mendapat pengiktirafan dan pujian daripada anaknya, Prateek Subramanium (Verma) dan juga permintaan daripada isterinya, Sonia Subramanium (Kareena Kapoor); akhirnya dia menghasilkan sebuah permainan video yang menjadikan penjahat (villain) lebih kuat dan bijak berbanding wira (hero). Idea ini terhasil melalui kenyataan anaknya, yang menyatakan penjahat adalah lebih banyak kelebihan serta tiada peraturan. Kumpulan itu akhirnya berjaya menghasilkan sebuah video permainan bernama Ra-One, dengan Ra-One sebagai penjahat dan G-One sebagai wira (watak yang akan digunakan oleh pemain). Kedua-dua nama ini diambil daripada kisah kitab Mahabrata yang terkenal, iaitu Ravan (Ra-One) dan Jeevan (G-One). Semasa penghasilan permainan ini, Shekhar dan Akashi (Tom Wu) menyedari bahawa karekter Ra-One seolah-olah bergerak, tersenyum malah bertindak balas dengan sendiri, akibat tindak balas daripada cip teknologi ciptaan Jenny. Apakah yang terjadi? Adakah permainan ini mampu mendatangkan keuntungan kepada syarikat? Dapatkah Shekhar mendapat pengiktirafan daripada anaknya sendiri?



Tayangan Perdana 27 : Enthiran (The Robot) 2010


Dengan segala hormatnya, hamba mempersembahkan 

Enthiran (The Robot) 2010 - Versi Hindi


Terdapat dalam 1 bahagian sahaja.

Sinopsis Ringkas:

Filem ini merupakan adaptasi daripada versi Tamil (asal). Kisah ini bermula apabila seorang sainstis muda bernama Dr. Vaseegaran (Rajinikanth) telah bertungkus-lumus selama 10 tahun lamanya untuk menghasilkan sebuah robot yang menyerupai manusia atau android. Vaseegaran dibantu oleh 2 pembantunya, iaitu Siva (Santhanam) dan Ravi (Karunas). Usahanya berhasil mencipta sebuah robot humanoid pertama yang kemudian dinamakan sebagai Chitti (Rajinikanth). Hasil ciptaannya itu mendapat perhatian umum, setelah pengisytiharan kewujudan Chitti di dalam sebuah persidangan robotik. Namun, kejayaannya itu dicemburui oleh seorang sainstis veteren juga mentor Dr. Vaseegaran sendiri, iaitu Dr. Bohra (Danny Denzongpa) yang telah bertahun-tahun berusaha mencipta sebuah robot seperti Vaseegaran, namun masih tidak berhasil. Sana (Aishwarya Rai Bachchan) kemudian membawa Chitti ke rumahnya bagi membantunya dalam mengulangkaji kerana akan menghadapi peperiksaan, yang kemudiannya berakhir dengan pelbagai kejadian yang tidak diduga serta lucu. Keadaan bertambah tegang, apabila Chitti tidak mendapat 'kelulusan' daripada pihak Artificial Intelligence Research and Development (AIRD) Institute yang mempersoalkan manipulasi robot itu kepada pihak lain. Ini membuatkan Vaseegaran berang, dan cuba membuktikan kebolehan Chitti di mata masyarakat. Apakah yang dilakukan Vaseegaran? Adakah kewujudan Chitti mendatangkan kebaikan atau keburukan?








Perjalanan Menuju Ke Tahun Baru Serta Kegemparan Di UPSI!

      Assalamualaikum kepada semua sahabat-sahabat serta rakan-rakan blog dari seluruh dunia. Maaf andainya sudah sekian lama tidak mengungkapkan madah kata di laman ini. Hanya kehadiran Tayangan Perdana sahaja yang kerap menjenguk laman ini. Arakiannya, hamba sepanjang 2 minggu ini sibuk dengan ulah assignment serta pengurusan bagi merealisasikan Projek Tahun Akhir hamba yang dikira masih dalam perancangan lagi. Alhamdulillah, dengan berkat dan keizinan Yang Maha Esa, akhirnya hamba usai menyelesaikan tugasan-tugasan dengan jayanya walaupun serba kekurangan dek penangan masa dan kewangan yang kurang menentu. Syukur juga diucapkan kepada Allah S.W.T kerana diberi rezeki di saat-saat kesempitan yang melanda, dapatlah kami, pelajar-pelajar tahun akhir jurusan Pendidikan Seni (AT23) menampung hidup yang adanya masih tersisa di bumi UPSI ini.

      Sungguhpun ceritera yang hamba utarakan agak kelewatan waktunya, namun hamba tidak mengambil endah semuanya. Asalkan hamba dapat mengutarakan apa-apa sahaja yang difikirkan perlu dan patut dikongsi, hamba akan tulis mahupun cerita walaupun sesuatu itu sudah berkurun lamanya berlalu. Kelmarin (Jumaat, 30 Dis 2011), ketika dalam perjalanan ke studio untuk menyelesaikan tugasan, hamba terserempak dengan seekor kucing; yang hamba kira sudah sarat buntingnya merayau-rayau tidak tentu sambil mengiau-ngiau nyaring. Telatahnya itu nyata memancing penglihatan hamba seketika, tambahan pula kucing itu kelihatan 'bersungguh-sungguh' benar mengikuti setiap iringan langkah rakan-rakan mahasiswa yang melintasi kawasan tersebut, dengan pandangan mata yang sayu dan agak 'desperate'. Rakan-rakan mahasiswa seperti orang malas, tidak langsung mempedulikan 'rayuan' si comel itu. Semuanya pentingkan diri sendiri sahaja! Lalu, hamba tinggalkan seketika kucing peliharaan Pak Guard UPSI, bernama "Che Pah" (KLIK DI SINI : KISAH CHE PAH) dan bergerak ke arah kucing itu. Kedatangan hamba itu nyata memancing si comel itu untuk membuntuti hamba ke tepi jalan yang agak lengang. Kucing itu sarat benar, seperti menunggu waktu untuk 'meletup' sahaja. Lalu hamba bertanya sedikit 'soalan' pada si kucing yang hamba panggil "Si Cemong"



Si Cemong sedang lahap memakan Coco Crunch; sebelum Che Pah datang dan mengajaknya makan Frieskis tin.

      Rupa-rupanya, kucing itu benar-benar kelaparan; tatkala hamba mengeluarkan makanan ringan. Hamba agak keberatan memberikannya disebabkan ia bukannya makanan kucing atau 'chekedis' ayam, ikan atau udang, sebaliknya Coco Crunch! Lebih malang, semua gerai masih belum membuka jendela mereka; kerana waktu masih awal iaitu pukul 7 pagi (Semua gerai dan kedai makan di hadapan Pintu Timur UPSI buka pada jam 8.30 pagi). Lalu, tanpa pilihan, hamba suakan juga makanan itu. Bayangkan betapa laparnya si comel itu lahap meratah makanan yang bukan jenisnya; makanan bercoklat! Laju juga air mata ini menitis, sambil mengusap kepala Si Cemong. Dia seolah-olah memahami keadaan hamba yang serba-salah sebab ketiadaan makanan lain untuk diberi. Sedang hamba leka melihat Si Cemong makan, hamba didatangi oleh Che Pah. Che Pah seolah-olah memujuk Cemong untuk mengikutinya (lalu Cemong ikut sekali) ke pondok guard. Rupa-rupanya di sana, sudah ada makanan yang disediakan oleh pak guard untuk Che Pah dan paling mengharukan, Che Pah mengajak Cemong makan bersama-samanya; iaitu makan Friskies dalam tin! Besarnya kebesaran-Mu, Ya Allah! Hamba jadi insaf sendiri bila melihat kejadian ini. Sedangkan haiwan pun ada simpati, inikan pula manusia! Mana perginya simpati pada haiwan ini di kalangan mahasiswa? Che Pah hamba  tidak nafikan, disebabkan dia cantik dan terurus, semua hendak membelainya, bahkan memberinya makan. Tapi, Si Cemong? Mimpi sahajalah, malah disepak kerana 'kehodohannya'.


Sabtu, Disember 31, 2011

Tayangan Perdana 26 : Detective Conan Special 2 - Phantom Thief Kid's Summer Festival : Phantom Thief Kid's Busy Date!


Dengan segala hormatnya, hamba mempersembahkan

Mei Tantei Conan Supesharu 2 : Natsu no Kaito Kiddo Matsuri - Kaito Kiddo no Isogashii Deto


Terbahagi kepada 1 bahagian sahaja.

Sinopsis Ringkas :

Kaito telah merancang untuk mencuri sebuah mahkota bernama "Angel Crown" dari sebuah pameran, namun percubaan pertamanya tidak berhasil disebabkan Inspektor Nakamori telah dapat membaca taktiknya serta peralatannya yang rosak pada saat-saat genting. Kaito meninggalkan sebuah nota kepada pihak polis untuk menyatakan kehadirannya bagi merampas kembali mahkota tersebut pada Ahad berikutnya. Tanpa diduga, Inspektor Nakamori telah mengecam wajah Kaito dan menyatakannya kepada anaknya, Aoko bahawa Kaito Kid sebenarnya adalah Kuroba Kaito! Aoko berasa sangat risau dan telah membuat keputusan untuk mengajak Kaito 'keluar berdua' bersama-samanya ke taman tema; dengan tujuan untuk menafikan tuduhan ayahnya terhadap Kaito, juga jatuh pada hari yang sama! Tindakan ini menyebabkan keadaan bertambah rumit. Bagaimanakah Kaito menyelesaikan masalah ini? Dapatkah dia berada di 2 tempat yang sama atau dia harus mengorbankan salah satu daripadanya?





P/s : Hamba sukakan suasana yang romantik dan tenang....tapi pada masa yang sama mendebarkan...Tapi memang menakutkan bila melihat Kaito menaiki roller coster tanpa duduk di dalamnya, tetapi berpaut di tepinya!! Hamba fobia dengan ketinggian!!!! (Walaupun selalu panjat tangki loji, tapi hamba pakai alat keselamatan, tapi kalau tak ada...memang ngeri!!!)

Buih Yang Berterbangan