Mei Tantei Conan Live Action Drama Series Episode 4 : Kanzen Hanzai! Kekkonshiki de Satsujin Yokoku, Misshitsu Dokusatsu Torikku no Nazo o abake!
Terbahagi kepada 1 bahagian sahaja.
Sinopsis Ringkas :
Kudou Shinichi terpaksa menjalani 'denda' setelah kalah dalam permainan yang dijalankan oleh Mouri Ran dan Suzuki Sonoko semasa rehat di sekolah. 'Denda' tersebut adalah Shinichi tidak boleh mengabaikan atau tidak menunaikan 'permintaan' dari sesiapa pun selama satu hari. Sebenarnya 'denda' itu diadakan untuk membolehkan Ran mengajak Shinichi ke sebuah restoran dengannya, tetapi tidak berjaya setelah Shinichi terpaksa membantu ayah Ran, Mouri Kogoro di dalam sebuah majlis perkahwinan rakan sekolahnya iaitu Shimabara Kanon dan Motoki Kensuke. Ini disebabkan permintaan dari pihak pengantin sendiri dan menyiasat akan sepucuk surat berbaur ugutan yang ditujukan kepada kedua-dua mempelai. Keadaan menjadi lebih tegang apabila mendapati rakan kepada Kanon, iaitu Matsumoto Nana didapati mati setelah meminum air yang telah di'kocak' oleh Kensuke, yang mana didapati mengandungi soba yang mana merupakan punca kematiannya. Nana disahkan telah mati diracun kerana alahan (elergi) dengan soba. Tetapi, keseluruhan makanan dan minuman yang disediakan di restoran tersebut tidak mengandungi bahan tersebut, kerana setiap orang tahu akan alahan yang dialami oleh Nana. Siapakah yang bertanggungjawab membunuh Nana?
P/S : Sekiranya setiap manusia mampu untuk memahami antara satu sama lain, maka tiada sebarang bencana yang akan melanda kehidupan. Tetapi, jika memendam perasaan tanpa meluahkannya ia merupakan satu tindakan kurang bijak untuk dilakukan. Maka, kenalilah orang disekeliling anda dan bertegur sapa walaupun hanya ucapan ringkas. Juga, jangan berpura-pura.
Assalamualaikum w.r.t. Bertemu kita lagi di dalam halaman yang luas di alam maya ini. Syukur ke hadrat Illahi hendaknya kerana masih berbesar hati memanjangkan usia hamba untuk menulis lagi tinta di laman maya ini untuk tatapan semua. Adapun demikian hendaklah kita sekaliannya bersyukur kepada Illahi agar sentiasa dipanjangkan umur dan sihat untuk meneruskan kehidupan sebagai hamba Allah di dunia yang serba sederhana ini. Hamba sekadar ingin menyampaikan berita bahawa hamba akan menjalani latihan untuk memantapkan lagi kemahiran hamba serta mendapat kerjaya yang diinginkan ~ Guru.
Selain itu, hamba dan keluarga menerima dugaan sekali lagi apabila bapa saudara hamba telah pergi selama-lamanya mengadap Illahi pada hari semalam, tepat jam 9 pagi di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang setelah bertarung nyawa sehabis daya. Ini disebabkan kecederaan parah di otak yang tidak dapat diselamatkan lagi dan mengalami keadaan koma selama 1 minggu. Doktor turut mengatakan harapan arwah telah tipis dan hanya menunggu saat degupan jantungnya terhenti. Dikhabarkan oleh bapa saudara hamba yang kedua terakhir, Achik Khamis bahawa ramai kenalan arwah dari seluruh negeri khususnya dari Jabatan Kastam di Pulau Pinang tidak putus-putus melawat arwah dan menyedekahkan Yassin dan Al-Fatihah sepanjang arwah dirawat di Pusat Rawatan Rapi (ICU) hopital tersebut. Bahkan setelah meninggal dunia, jenazah beliau diiring kembali ke tanah kelahiran arwah di Felda Mayam, Bera oleh beberapa kereta peronda dari Jabatan Kastam yang mana sarat dengan muatan (orang) iaitu rakan-rakan seangkatan bapa saudara. Arwah sememangnya disenangi oleh ramai kenalan beliau kerana keramahannya serta sikap baik hatinya.
Paling menyentuh hati apabila saat menatap wajah sepupu hamba, iaitu anak arwah yang sulung yang dipanggil Fitri. Fitri yang kini berusia 2 tahun lebih masih belum mengerti apa-apa dan masih pantas untuk mengulum senyum tawa sedangkan ramai yang datang mengendong mahupun memeluknya penuh keharuan kerana mengenangkan status anak kecil itu yang kini bergelar anak yatim. Lebih meruntun jiwa, bila melihat keadaan bonda saudara hamba yang juga adinda kepada bonda hamba yang kini sedang sarat mengandung anak kedua, yang bakal melahirkan anak pada penghujung tahun ini. Besar sungguh dugaan yang diterima oleh keluarga bonda hamba lebih-lebih lagi bonda saudara. Wajahnya kelihatan 'kukuh' memperlihatkan kekuatan sedangkan di hatinya, hamba dapat merasakan betapa hatinya sayat dan pilu apabila kehilangan suami tercinta apatah lagi apabila melihat anak sulungnya, Fitri yang saling tak tumpah dengan wajah ayahandanya. Hampir menitis air mata ini melihat bonda saudara, apatah lagi bonda hamba sendiri yang mula 'banjir' sejak dari awal lagi.
Apapun, syukur semuanya selamat dengan baik. Jenazah selamat dikebumikan pada jam 2 pagi setelah agak lama 'tersangkut' di Genting apabila van pertama rosak. Semoga keluarga kami tabah menghadapinya setelah kehilangan nenda berdua (ayahanda dan bonda kepada bonda), yang pergi menghadap Illahi 3 tahun yang lalu. Apapun, hamba berharap hamba akan dapat membantu apa yang patut dan sama-samalah berdoa untuk kesejahteraan mereka. Sekian, warkah hamba buat masa kini. Esok sinar harapan menanti dan hamba akan meneruskan kehidupan demi masa depan yang tak dapat dibayangkan. Wassalam.
Pengenalan Adobe Photoshop CS4 menyediakan peluang yang tidak terbatas dalam kalangan pereka dan jurufoto untuk memaksimumkan penggunaan perisian ini bukan sahaja untuk memproses imej digital malah rekaan kreatif juga boleh dihasilkan dengan mudah dan pantas. Atrikel ini akan mengeksplorasi antara muka Photoshop CS4 dan dalam masa yang sama mendemontrasikan bagaimana untuk menghasilkan rekaan poskad untuk kegunaan komersial dan peribadi.
1. Buka perisian Adobe Photoshop CS4. Namakan dokumen ini Poskad atau apa sahaja nama yang berkaitan dalam petak Preset > Photo dan klik OK.
2. Adobe Photoshop telah pun menyediakan sejumlah preset dimensi dokumen yang standard dan sering digunapakai oleh pengguna. Menerusi petak Saiz, pilih menu Landscape 4 x 6. Dalam petak Resolusi, taipkan jumlah resolusi antara 72ppi hingga 300ppi.
3. Jika poskad ini diedarkan menerusi e-mail maka jumlah 72ppi adalah bersesuaian. Walau bagaimanapun, untuk tujuan cetakan maka resolusi antara 150ppi hingga 300ppi adalah bersesuaian.
4. Langkah seterusnya ialah untuk mendapatkan gambar foto yang akan digunakan untuk poskad yang bakal anda reka. Untuk mendapatkan gambar, kita akan menggunakan perisian Adobe Bridge CS4 (Terdapat dalam pakej Adobe). Perisian ini boleh diakses secara terus menerusi menu File > Browse in Bridge.
5. Sejurus selepas itu, perisian Bridge dipaparkan. Pilih gambar yang bersesuaian (Hamba kebiasaannya menggunakan gambar rakaman imej digital dilakukan menggunakan format RAW). Sehubungan dengan itu, gambar tersebut perlu diproses supaya formatnya boleh diubah dan diakses menerusi perisian Adobe Photoshop CS4.
Mei Tantei Conan Supersaru 3 : Ojo-sama wa Magikku ga o Suki
Terdapat dalam 1 bahagian sahaja.
Sinopsis Ringkas :
Puteri Anne, iaitu puteri dari kerajaan Duchy Sabrina telah berangkat ke Jepun untuk mengadakan sebuah majlis keraian untuk ahli-ahli magik. Beliau ditemani oleh seorang detektif dari Eropah bernama Delon, yang terkenal namun bersikap sombong serta tidak suka bekerjasama dengan orang lain. Selain itu, Puteri Anne telah mengemukakan cabaran terbuka kepada Pencuri Terhandal, Kaito Kid untuk hadir ke majlis untuk mencuri rantai permata warisan keluarganya, Beaucoup de Soleil a Paris atau "Mentari Yang Menyinar Di Paris" di dalam media massa dan cetak. Ini menimbulkan keinginan Kuroba Kaito (alias Kaito Kid) untuk mengambil rantai itu, kerana merasakan tercabar dengan kata-kata puteri tersebut. Sementara di hotel, Inspektor Nakamori tidak selesa untuk bekerjasama dengan Detektif Delon yang sombong, diikuti oleh Aoko yang hadir memeriahkan majlis. Kedatangan Kaito pada malam itu nyata membuahkan hasil dan merupakan satu kejutan, bahawa sebenarnya Puteri Anne hanya ingin bertemu dua mata dengannya kerana beliau adalah peminat setianya! Apakah yang bakal berlaku kepada Kaito? Bagaimanakah caranya Kaito melepaskan diri dari kawasan itu?
Mei Tantei Conan OVA 4 : Conan to Kaito Kiddo to Kurisuturu Maza
Terdapat dalam 1 bahagian sahaja.
Sinopsis Ringkas :
Mengisahkan tentang operasi pihak polis Jepun yang diketuai oleh Nakamori Ginzo untuk menghalang Kaito Kid dari mencuri sebuah kristal dari seorang Ratu dari kerajaan Ingram yang bernama Elizabeth. Kristal itu bernama "Crystal Mother" yang bermaksud "Ibu Kristal", yang merupakan kristal yang paling besar di seluruh Eropah. Ini disebabkan Kaito telah menghantar surat menyatakan hasratnya untuk mencurinya ketika Ratu berada di dalam kereta api Royal Express. Selain itu, Inspektor Nakamori telah mengajak anaknya, Nakamori Aoko dan Kuroba Kaito (yang sebenarnya adalah Kaito Kid) untuk menemaninya dalam operasi itu. Peluang itu sebaik-baiknya digunakan oleh Kaito untuk cuba mencuri kristal tersebut, namun setelah berjaya mendapatkannya pada percubaan pertama hasratnya terhalang apabila mendapati anak kepada Ratu Elizabeth, Putera Philip sangat obses untuk menangkap dirinya sebagai memperoleh perhatian dan penghargaan dari ibunya sendiri. Keadaan semakin sulit bila mendapati ada seorang penjenayah bernama 'Jackal' yang terlepas dari penjara, memburu Kaito untuk tujuan tertentu. Apakah yang bakal berlaku? Dapatkah Kaito menghalang kejadian tidak diingini berlaku pada dirinya, sekaligus merahsiakan identitinya?
P/s : Kasih sayang seorang ibu adalah terlalu agung walau sedingin manapun ibu tersebut. Sebagai anak, kita seharusnya memahami dan menyayangi ibu kita, bukan hanya tahu menyalahkan dan menyinggung ibu. sekeras-keras hati seorang ibu, jauh di sudut hati tersorok kasih sayangg yang amat luas untuk anaknya. Jadi, hargailah ibu anda walau siapa ibu kita.
Assalamualaikum kepada semua rakan-rakan Bloggers. Di sini ingin hamba membuat satu pengumuman berkaitan dengan ISMP. Setelah mendengar dan membaca mengenai kedudukan ISMP di dada akhbar dan juga televisyen sendiri, pihak pelajar yang bernaung di bawah kumpulan Graduan ISMP 2nd Batch telah sepakat untuk menghantar memorandum kepada pihak berwajib untuk mempertimbangkan perkara berkaitan isu temuduga (interview) guru dan juga isu posting. Maka dijadualkan pada 2 November 2012 bersamaan hari Jumaat kelak, akan dibuat proses penyerahan memorandum kepada pihak berwajib di pejabat mereka d Putrajaya, jam 3.00 petang. Tujuan memorandum ini dibuat adalah untuk:
1. Menjelaskan isu graduan ISMP IPTA yang tamat sebelum Jun 2012 tetapi tidak diberikan kata putus posting seperti yang dijelaskan kepada graduan JQAF.
2. Menuntut KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia) memberi penjelasan tentang prosider dan jaminan penempatan guru bagi 4,500 ISMP IPTA sama ada yang tamat sebelum Jun 2012 dan selepas Jun 2012.
3. Memastikan penempatan guru yang dijamin kelak dilaksanakan pada bulan Januari hingga Mei 2013.
Oleh itu, hamba sebagai salah seorang ISMPian 2nd Batch ingin meminta agar rakan-rakan ISMPian dari semua universiti dan mengambil bidang pendidikan serta telah bergraduat sebelum atau selepas bulan Jun 2012 untuk menjadi ahli kepada Group Facebook Graduan ISMP 2nd Batch. Selain itu, diseru juga kepada rakan-rakan ISMPian yang menetap di Pahang, mendaftar di group Graduan ISMP Pahang 2012. Di sana, rakan-rakan akan dikehendaki memberi maklumat diri kepada wakil daerah masing-masing, melalui INBOX atau PESANAN.
Antara wakil mengikut daerah di Pahang adalah (mengikut nama FB masing-masing):
Daerah Raub - Cik A Tiq
Daerah Maran dan Jengka - Cikgu Haiy
Daerah Rompin/Muadzam Shah - Wa Mei dan Zila Norazilah
Daerah Kuantan - Mikail Azlan dan Hanim Azahar
Daerah Temerloh - Najibah Sham Saiful Bahari dan Dyana Arshad
Daerah Pekan - Anah Barkhia
Anda hanya diminta untuk menyerahkan nama penuh dan nombor telefon kepada wakil-wakil daerah ini. Maklumat untuk perjumpaan pula akan dimaklumkan oleh wakil-wakil tersebut. Oleh itu diminta rakan-rakan semua, terutama rakan-rakan ISMP Negeri Pahang bagi setiap universiti akan dapat memberi respond mengenai pengumuman ini. Di sini hamba lampirkan sekali link ke laman group terbabit.
Assalamualaikum, bertemu lagi di warkah tinta yang seterusnya. Sebenarnya tiada sebarang bicara yang ingin disampaikan pada masa ini, cuma sekadar mengingati kembali kenangan semalam di mana hamba keluar bersama-sama dengan dua orang sepupu ke sebuah pusat membeli-belah terkemuka di Kuantan, untuk sekadar berjalan-jalan dan bersukaria. Sebenarnya, hamba sekadar ingin melegakan tekanan yang mungkin dialami kedua-dua sepupu yang mana bakal menduduki peperiksaan penting pada tahun ini iaitu PMR dan SPM. Kedua-duanya kelihatan agak gugup dan kerisauan, memandangkan harapan keluarga kini terletak di bahu kedua-duanya.
Hamba hanya dapat membantu mereka untuk memberi ketenangan dan nasihat supaya sentiasa tenang, jangan gelabah dan bertawakkal pada Tuhan setelah usai usaha keras yang dijalankan mereka selama ini. Tambahan pula, hamba baru menerima gaji, jadi tidak salah kiranya membelanja mereka makan donut, bermain game dan juga berkaraoke. Di tempat karaoke, hamba secara tidak sengaja telah 'berminat' dengan salah satu daripada lagu-lagu Korea yang dipilih oleh sepupu yang mana peminat tegar Korea. Jadi, hamba ingin berkongsi dengan rakan-rakan semua lagu dan juga lirik (Bahasa Inggeris dan Korea). Lagu ini dinyanyikan oleh salah sebuah kumpulan popular Korea masa kini, iaitu Super Junior yang mana popular dengan lagunya "Bonamana" dan "Sorry, Sorry". Di sini, hamba persembahkan lagu baru dari kumpulan ini yang bertajuk "Mr. Simple". Hamba lebih tertumpu kepada susunan muzik dan lirik lagu ini yang nyata bersesuaian dengan hamba sendiri. Liriknya sesuai ditujukan kepada golongan belia lelaki dan wanita untuk bersama-sama merehatkan diri setelah berpenat lelah dengan tugasan yang banyak dan bersabar untuk hasil yang dijalankan. Nyata ia amat bersesuaian dengan diri hamba yang kini menunggu temuduga. Baiklah, harap rakan-rakan semua terhibur hendaknya!
Don’t get mad just because things don’t happen the way you want them to
There’s no need for that (Wooooh!)
Worrying is a part of fate, let’s not cling to small events. It’s not good for your health
Grades go up and go down. That’s the way it is (Heeett!)
Grades go up and go down. It can happen
It’s okay. Taking a break is okay too
There’s a set time, time, time, time, time for everything
If you’re a guy then meet up with a friend and have a drink. Shake it off (Alright, Alright, Alright)
If you’re a girl meet up with a friend and talk. Throw it away (Alright, Alright, Alright)
(Chorus 1)
Look Mr. Simple, Simple you’re cool just the way you are
Look Miss Simple, Simple you’re pretty just the way you are (SJ Call!)
Look Mr. Simple, Simple you’re cool just the way you are
Look Miss Simple, Simple you’re pretty just the way you are (SJ Call!)
Let’s go, go hurry, let’s go. If it’s blocked let’s go back
If there’s too much on your mind just today let’s have fun
If I work too hard I’ll get tired
Just wait. Save some, your time will come soon
Blow your mind, go Mr. Simple
Blow your mind, your time has come. Don’t be afraid
Blow your mind, go Mr. Simple
Blow your mind, your time has come, you’re ready
We live in a world that has more than one or two things to worry about, even kids know that (Oooooh!)
What’s so hard about it?
Just eat well, sleep well and do well
If you get mad meet up with a friend and talk about it. Let it loose (Alright, Alright, Alright)
If you’re in pain, sing a song, shout, Throw it away (Alright, Alright, Alright)
Look Mr. Simple, Simple you’re cool just the way you are
Look Miss Simple, Simple you’re pretty just the way you are (SJ Call!)
Look Mr. Simple, Simple you’re cool just the way you are
Look Miss Simple, Simple you’re pretty just the way you are (SJ Call!)
(Deko, deko, deko, deko. Dance! Hey! Hey! Hey!)
(Chorus 2)
Freedom isn’t that important. (Just Get It, Get it)
The fun of escaping temporarily (Doong Doong Doong Koong Koong Koong)
Do you want to feel yourself living? (Just Grab It, Grab It)
Talking about my dream making my heart beat faster (Doong Doong Doong Koong Koong Koong)
Because You Naughty, Naughty
Don’t worry, good things will happen to you
Push all serious stuff back
Today, smile brightly. Your bright smile will make everyone feel better (Aaaaaa)
Look Mr. Simple, Simple you’re cool just the way you are
Look Miss Simple, Simple you’re pretty just the way you are (SJ Call!)
Look Mr. Simple, Simple you’re cool just the way you are
Look Miss Simple, Simple you’re pretty just the way you are (SJ Call!)
Let’s go, go hurry, let’s go. If it’s blocked let’s go back
If there’s too much on your mind just today let’s have fun
If I work too hard I’ll get tired
Just wait. Save some, your time will come soon
Blow your mind, go Mr. Simple
Blow your mind, your time has come. Don’t be afraid
Blow your mind, go Mr. Simple
Blow your mind, go Mr. Simple
P/s : Berkaraoke tak salah jika sekali sekala, tidak semestinya di tempat karaoke, di rumah pun boleh. Pilih saja di mana yang anda mahu, jika takut suara didengari orang, tidak salah jika anda hanya buka laptop, buka perisian karaoke dan nyanyi di depannya. Tak mengapa, bukan? Apa yang penting hati bersih, niat baik dan asas iman yang kukuh. :)
Di sini, hamba telah sertakan sebahagian besar link siaran radio untuk pilihan anda semua; bergantung pada radio-radio yang anda semua suka dengar dan minati. (Sebahagiannya terdapat dalam bentuk pemain yang akan keluar automatik apabila ditekan linknya)