Papan Pernyataan / Pengumuman
Assalamualaikum kepada semua rakan-rakan bloggers, terutama rakyat Malaysia yang dicintai. Alhamdulillah, dengan berkat limpah dan kurnianya, maka akhirnya Piala AFF Suzuki 2010 menjadi hak milik mutlak skuad Harimau Malaya kita. Syukur pada Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan limpah berkah dari-Nya dapatlah pula negara kita 'merasa' nikmat menjadi juara, terutama menerusi sukan bola sepak kita yang dilihat hambar selama ini. Malah, ini sekaligus menafikan sekeras-kerasnya dakwaan sesetengah pihak bahawa skuad Harimau Malaya kita telah lama kehilangan taring. Kehadiran pemain-pemain muda yang mana menjadi tunjang dan penggerak kepada pasukan ini memang wajar mendapat pujian umum, khususnya warga Malaysia sendiri bahawa masih ada pemain negara yang bersungguh-sungguh dalam melaksanakan visi dan misi permainan bola sepak negara, malah mencerminkan kematangan setiap pemain, terutama dalam berhadapan situasi yang kritikal dan tekanan semasa berada di padang.

Pemain-pemain Harimau Malaya sebelum permainan bermula
Assalamualaikum kepada semua rakan-rakan blog yang dihormati dan disayangi. Alhamdulillah, hamba berada dalam keadaan yang baik; walaupun mengalami komplikasi sakit belakang yang kadang-kadang mengganggu hamba. Mungkin inilah kesan akibat terlalu banyak duduk dan kurang membuat senaman, mungkin juga tabiat hamba yang gemar tidur di lantai tanpa beralas. Syukur ia tidak begitu serius, walaupun kadangkala hamba berdecit juga menahan sakit sepanjang semester lepas, sehingga menyebabkan kerja/assignment hamba agak terganggu. Hamba tidak mahu menyusahkan sesiapa dan tidak mahu rakan-rakan serta keluarga hamba susah hati. Tapi, sahabat hamba mulai perasan bahawa hamba banyak berubah sepanjang semester lepas, kerana dia mengatakan bahawa hamba agak pendiam dan kurang aktif berbanding semester lain. Herm, tidak mengapalah. Hamba diamkan sahajalah.
Beralih pula kepada tajuk utama kita. Pada hari semalam, 25 Disember hamba telah berangkat pulang ke Tanjung Malim. Sengaja hamba pulang awal untuk berjumpa dengan pensyarah Kajian Kraf, bagi memulakan kajian tesis. Malah, untuk mengupload semula blog ini serta hal-hal yang lain. Semasa dalam perjalanan ke Pasar Seni, hamba agak hairan apabila melihat agak ramai pelancong yang berada di situ. Mereka sibuk mengambil foto di sekitar kawasan berdekatan LRT Pasar Seni. Setelah diteliti, barulah hamba mengerti bahawa rupa-rupanya ada banyak lukisan Street Art di dinding-dinding di sepanjang terowong berhampiran sungai (hamba tak tahu nama sungai, maaf ya!). Hamba terpegun kerana kawasan sepanjang sungai itu menjadi sangat cantik dengan hasil karya yang pada hamba sangat menarik dan berharga! Oleh itu, hamba persembahkan hasil seni ini sebagai tanda hamba menghargai seni ini.
Kawasan Pertama Berhampiran Jalan Ke Pasar Seni
Assalamualaikum sekali lagi dan selamat sejahtera kepada semua!!! Di sini, hamba lampirkan beberapa buah gambar yang menunjukkan proses penghasilan karya maha agung hamba dalam penghasilan batik yang dihasilkan secara individu - sepanjang 2 meter. Karya ini telah dipamerkan di dalam pameran batik secara besar-besaran di Studio Batik dan dihadiri oleh Prof. Dato. Dr. Aminah. Karya hamba dan rakan-rakan dijual mengikut harga pasaran dan tetapi boleh dirunding bersama pembuatnya. Sekiranya berminat untuk membelinya, mungkin hamba akan pertimbangkan tawaran berdasarkan harga. Kerana batik ini bukan dibuat dengan menggunakan cop, tetapi menerusi penggunaan pembuatan 'canting'; yang mana telah memakan banyak masa dan usaha hamba untuk merealisasikannya. Oleh itu, dengan segala hormatnya hamba persembahkan karya maha agung hamba dalam arena batik, serta gambar proses penghasilannya.
Langkah 1
Melakar dan melukis motif yang dikehendaki di atas kain yang disediakan. Kain yang digunakan adalah kain jenis rayon
Langkah 2
Assalamualaikum kepada semua rakan -rakan bloggers. Semoga dirahmati oleh Allah S.W.T. Al-kisah hamba kini sedang bersiap-siap untuk pulang ke kampung halaman hamba, pada awal keesokkan harinya. Oleh itu, ingin hamba maklumkan kepada sahabat-sahabat semua bahawa hamba tidak akan dapat melakar sebarang tinta di laman ini buat sementara waktu kerana ketiadaan line broadband lagi di rumah, setelah ayahanda menamatkan perkhidmatan tersebut 2 bulan yang lalu. Keadaan ini disebabkan ayahanda jarang menggunakan perkhidmatan ini, dek kerana sudah mempunyai line streamix di pejabat.
Pada 2 Disember yang lalu, hamba telah selesai menghantar tugasan kerja kursus bagi Studio Kayu Asas. Alhamdulillah....selesai sudah seksa hamba untuk menyiapkan tugasan tersebut. Hamba akui, bahawa hamba kurang mahir dalam mengukir kayu. Mungkin disebabkan sikap hamba yang kurang sabar dan tidak mempunyai 'jiwa' atau 'semangat kayu' yang diinginkan. Tapi, syukur segalanya sudah selesai. Kemudian, pada pukul 3 petang, hamba berangkat ke kota metropolitan Kuala Lumpur. Tujuan hamba ke sana sebenarnya adalah untuk menonton wayang bersama sahabat serta berjalan-jalan. Namun, disebabkan masalah-masalah tertentu, rakan-rakan tidak dapat menyusul dan tinggallah hamba seorang sahaja ke sana. Setibanya di KL, sudah menunjukkan pukul 4.45 petang. Hamba mendail sepupu hamba yang bekerja di Jabatan Sumber Manusia, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan; Nur Azlin untuk singgah semalam di rumahnya. Hamba kemudian terus menaiki lrt ke Sentul Timur dan menunggu selama 15 minit di sebuah gerai berhampiran LRT Sentul Timur tersebut. Hujan yang turun agak lebat juga, mengiringi kedatangan hamba ke rumah sepupu yang terletak berhampiran stesen berkenaan.

Hiasan di tingkat paling bawah (ground level) di KLCC bersempena Hari Krismas tidak lama lagi. Tema adalah berwarna ungu. Menarik dan cantik, bukan?
Assalamualaikum kepada semua rakan-rakan blogger semua. Hamba kini sedang berada dalam cuti semester, maka hamba harap semoga sahabat-sahabat sekalian memaafkan hamba yang senantiasa khilaf dalam melaksanakan tugasan ini, juga mungkin sentiasa dianggap memungkiri janji yang telah diberikan. Hamba juga insan biasa yang lemah, berbanding dengan junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W serta Pencipta kita Yang Satu iaitu Allah S.W.T. Syukur alhamdulillah, dengan berkat dan limpah kurnia dari-Nya, hamba masih utuh bertapak di muka bumi ini; untuk sama-sama bernafas di muka Bumi ini dan berkongsi pengalaman dan idea dengan semua.
Al-kisah yang ingin hamba kongsi adalah mengenai kenduri / majlis perkahwinan yang dilangsungkan oleh pensyarah hamba, Professor Zakaria Ali; bagi meraikan beliau dan keluarga yang baru menerima menantu sulung pada 27 November lepas. Majlis dilangsungkan di rumah beliau di Diamond Heights, berdekatan dengan pusat INSTUN Tanjung Malim. Beliau dan isteri baharu sahaja menerima menantu perempuan sulung daripada anakanda sulung mereka iaitu Ijoi. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar walaupun pada ulah petangnya hujan turun dengan agak lebat juga. Majlis berlangsung dengan meriah tetapi masih mengekalkan kesederhanaan. Kedua-dua mempelai sama segak, dan sama padan. Mempelai perempuan pula adalah saudara sepupu dengan rakan kepada sahabat baik hamba, Md Din; iaitu Asmah. Di sana, hamba bertemu Asmah dan sempat beramah mesra sambil diiringi oleh Md Din .Terfikir pula di kepala, bila agaknya hamba dapat lihat kedua-dua pasangan yang hamba lihat kena dan secocok ini akan bersatu? Sebabnya, hamba sebagai sahabat sangat berkenan dengan Asmah, yang pada hamba mempunyai ciri-ciri isteri solehah; dan kena pula dengan sikap Md Din sendiri. Herm...alameknyo eden kono tunggui lagi duo taun setongah la eh nak meraso nasik minyak mereko ni ah...(hahaha....maaf orang Negeri ya!)
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan bloggers, terutama kepada rakan-rakan yang menyambut Hari Deepavali pada hari ini. Semoga cahaya kebahagiaan akan menyinari kita semua, semua rakyat Malaysia. Di sini hamba ucapkan "Selamat Hari Deepavali" khusus kepada rakan-rakan hamba yang pernah bersama-sama hamba semasa persekolahan di SMK Setiawangsa, Kuala Lipis dan juga SMK Clifford, Kuala Lipis, iaitu Sukanthi, Rajeshwari dan lain-lain. Semoga sambutan Hari Deepavali pada tahun ini akan berlangsung dengan meriahnya dan dapatlah kita sama-sama menikmati keamanan serta kemakmuran di negara bertuah ini bersama-sama.
Di sini hamba lampirkan sebuah video yang diupload dari Youtube juga bersempena Hari Deepavali ini. Sama-sama kita hayati mesej yang disampaikan dan Happy Diwali!!! Video ini dibuat oleh Petronas dan bertajuk Deepavali Boys. Selamat menonton!
Shape Tool di dalam Photoshop terdiri daripada beberapa bentuk asas seperti empat segi, bulatan, garis dan juga pelbagai jenis bentuk (shape). Bentuk yang pelbagai ini dimuatkan di dalam Custom Shape Tool. Terdapat puluhan jenis bentuk yang disimpan di dalam pustaka bentuk di dalam Photoshop dan anda perlu bijak menggunakannya. Dengan Custom Shape Tool ini anda boleh menggunakannya untuk pelbagai guna sama ada untuk Selection, untuk membina corak dan sebagainya. Kali ini kita akan melihat penggunaan Custom Shape Tool sebagai Selection dan menggunakan Selection itu pada gambar bagi membentuk corak atau pola pada ruang kerja.
Langkah 1 : Mula-mula buat satu ruang kerja dengan saiz 1024 x 168 pixels.
Langkah 2 : Berikut adalah ruang kerja anda.
Langkah 3 : Kemudian buka beberapa gambar kegemaran anda. Pada rajah, hamba memilih gambar-gambar kereta.
Langkah 4 : Kemudian, buka tetingkap semula ruang kerja dan kecilkan semua tetingkap lain. Klik pada Custom Shape Tool.