BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Halaman Yang Tercipta OlehKu

Sahabat-Sahabat Hamba Yang Dikasihi....

Papan Pernyataan / Pengumuman

1. Pengumuman!! Kini blog ini sedang menjalani penambahbaikkan sistem dan kemaskini data serta menaiktaraf terutama di bahagian Menu (yang mana akan ditambah dengan Sub Menu). Oleh itu, diharap anda semua dapat menyokong hamba dan bersabar sekiranya berlaku ralat semasa mengunjungi laman ini.

2. Dengan sukacitanya, hamba akan meng'upload' segala fail berkaitan dan diletakkan di blog ini menerusi beberapa laman web simpanan fail iaitu Ziddu, Hotfile atau 4Shared.(P/s: Disebabkan Ziddu kini tidak lagi berada dibawah Linkbucks, maka pautan di bawah failnya akan mempunyai sedikit masalah. Jika berlaku, gunakan link alamat di atas bermula dengan http:// atau tekan link bertulis "Pergi Terus Ke Laman Anda"

3. Apabila anda menekan sebarang link (pautan) atau 'button' di dalam blog ini, anda akan dibawa ke sublink Linkbucks. Anda hanya perlu tekan "Skip This Ad" (atau nombor 'counting' dari 5 ke 0) pada sebelah atas kanan dan ia akan membawa anda terus ke laman yang dikehendaki.

4. Pelayan Linkwithin telah dikeluarkan atas sebab tertentu;jadi gunakan Menu yang tersedia di atas, atau klik di bahagian "Label Buku Terjemahan, Video@Audio", "Catatan Hamba Yang Ter'Hot'" dan "Senarai Catatan Hamba".

5. Jika anda melawat laman ini, dipersilakan menulis sebarang komen, cadangan atau pertanyaan menerusi "Ulasan" atau "ChatBox". Anda juga digalakkan untuk "Like" FB yang tersedia juga menjadi ahli bagi blog ini.

6. Terdapat gangguan pada fail 4Shared (masalah copyright), jadi lagu-lagu itu tidak akan dapat didownload dalam masa ini. Harap rakan-rakan semua bersabar dan Insyaallah, hamba akan download dan update link bagi setiap lagu itu kembali; kerana kini hamba bekerja.

Sekian, terima kasih.

Sila "Like" Jika Suka Sangat!

Nak Tukar Font? Silakan....

Translator Bahasa Hamba!

Ahad, Disember 05, 2010

Hasil Karya Hamba Yang Terulung!!!

      Assalamualaikum sekali lagi dan selamat sejahtera kepada semua!!! Di sini, hamba lampirkan beberapa buah gambar yang menunjukkan proses penghasilan karya maha agung hamba dalam penghasilan batik yang dihasilkan secara individu - sepanjang 2 meter. Karya ini telah dipamerkan di dalam pameran batik secara besar-besaran di Studio Batik dan dihadiri oleh Prof. Dato. Dr. Aminah. Karya hamba dan rakan-rakan dijual mengikut harga pasaran dan tetapi boleh dirunding bersama pembuatnya. Sekiranya berminat untuk membelinya, mungkin hamba akan pertimbangkan tawaran berdasarkan harga. Kerana batik ini bukan dibuat dengan menggunakan cop, tetapi menerusi penggunaan pembuatan 'canting'; yang mana telah memakan banyak masa dan usaha hamba untuk merealisasikannya. Oleh itu, dengan segala hormatnya hamba persembahkan karya maha agung hamba dalam arena batik, serta gambar proses penghasilannya.



Langkah 1
Melakar dan melukis motif yang dikehendaki di atas kain yang disediakan. Kain yang digunakan adalah kain jenis rayon


Langkah 2
Meneliti dan memastikan setiap motif telah dilakar di atas medium dengan sepenuhnya

TEKAN DI SINI (SAMBUNGAN)



Tinta Kenangan Sepanjang Minggu 2...

      Assalamualaikum kepada semua rakan -rakan bloggers. Semoga dirahmati oleh Allah S.W.T. Al-kisah hamba kini sedang bersiap-siap untuk pulang ke kampung halaman hamba, pada awal keesokkan harinya. Oleh itu, ingin hamba maklumkan kepada sahabat-sahabat semua bahawa hamba tidak akan dapat melakar sebarang tinta di laman ini buat sementara waktu kerana ketiadaan line broadband lagi di rumah, setelah ayahanda menamatkan perkhidmatan tersebut 2 bulan yang lalu. Keadaan ini disebabkan ayahanda jarang menggunakan perkhidmatan ini, dek kerana sudah mempunyai line streamix di pejabat.

      Pada 2 Disember yang lalu, hamba telah selesai menghantar tugasan kerja kursus bagi Studio Kayu Asas. Alhamdulillah....selesai sudah seksa hamba untuk menyiapkan tugasan tersebut. Hamba akui, bahawa hamba kurang mahir dalam mengukir kayu. Mungkin disebabkan sikap hamba yang kurang sabar dan tidak mempunyai 'jiwa' atau 'semangat kayu' yang diinginkan. Tapi, syukur segalanya sudah selesai. Kemudian, pada pukul 3 petang, hamba berangkat ke kota metropolitan Kuala Lumpur. Tujuan hamba ke sana sebenarnya adalah untuk menonton wayang bersama sahabat serta berjalan-jalan. Namun, disebabkan masalah-masalah tertentu, rakan-rakan tidak dapat menyusul dan tinggallah hamba seorang sahaja ke sana. Setibanya di KL, sudah menunjukkan pukul 4.45 petang. Hamba mendail sepupu hamba yang bekerja di Jabatan Sumber Manusia, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan; Nur Azlin untuk singgah semalam di rumahnya. Hamba kemudian terus menaiki lrt ke Sentul Timur dan menunggu selama 15 minit di sebuah gerai berhampiran LRT Sentul Timur tersebut. Hujan yang turun agak lebat juga, mengiringi kedatangan hamba ke rumah sepupu yang terletak berhampiran stesen berkenaan.



Hiasan di tingkat paling bawah (ground level) di KLCC bersempena Hari Krismas tidak lama lagi. Tema adalah berwarna ungu. Menarik dan cantik, bukan?

Ahad, November 28, 2010

Tinta Kenangan Sepanjang Minggu...

      Assalamualaikum kepada semua rakan-rakan blogger semua. Hamba kini sedang berada dalam cuti semester, maka hamba harap semoga sahabat-sahabat sekalian memaafkan hamba yang senantiasa khilaf dalam melaksanakan tugasan ini, juga mungkin sentiasa dianggap memungkiri janji yang telah diberikan. Hamba juga insan biasa yang lemah, berbanding dengan junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W serta Pencipta kita Yang Satu iaitu Allah S.W.T. Syukur alhamdulillah, dengan berkat dan limpah kurnia dari-Nya, hamba masih utuh bertapak di muka bumi ini; untuk sama-sama bernafas di muka Bumi ini dan berkongsi pengalaman dan idea dengan semua.

      Al-kisah yang ingin hamba kongsi adalah mengenai kenduri / majlis perkahwinan yang dilangsungkan oleh pensyarah hamba, Professor Zakaria Ali; bagi meraikan beliau dan keluarga yang baru menerima menantu sulung pada 27 November lepas. Majlis dilangsungkan di rumah beliau di Diamond Heights, berdekatan dengan pusat INSTUN Tanjung Malim. Beliau dan isteri baharu sahaja menerima menantu perempuan sulung daripada anakanda sulung mereka iaitu Ijoi. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar walaupun pada ulah petangnya hujan turun dengan agak lebat juga. Majlis berlangsung dengan meriah tetapi masih mengekalkan kesederhanaan. Kedua-dua mempelai sama segak, dan sama padan. Mempelai perempuan pula adalah saudara sepupu dengan rakan kepada sahabat baik hamba, Md Din; iaitu Asmah. Di sana, hamba bertemu Asmah dan sempat beramah mesra sambil diiringi oleh Md Din .Terfikir pula di kepala, bila agaknya hamba dapat lihat kedua-dua pasangan yang hamba lihat kena dan secocok ini akan bersatu? Sebabnya, hamba sebagai sahabat sangat berkenan dengan Asmah, yang pada hamba mempunyai ciri-ciri isteri solehah; dan kena pula dengan sikap Md Din sendiri. Herm...alameknyo eden kono tunggui lagi duo taun setongah la eh nak meraso nasik minyak mereko ni ah...(hahaha....maaf orang Negeri ya!)

Jumaat, November 05, 2010

Selamat Menyambut Hari Deepavali (Happy Diwali Day!)

       

       Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan bloggers, terutama kepada rakan-rakan yang menyambut Hari Deepavali pada hari ini. Semoga cahaya kebahagiaan akan menyinari kita semua, semua rakyat Malaysia. Di sini hamba ucapkan "Selamat Hari Deepavali" khusus kepada rakan-rakan hamba yang pernah bersama-sama hamba semasa persekolahan di SMK Setiawangsa, Kuala Lipis dan juga SMK Clifford, Kuala Lipis, iaitu Sukanthi, Rajeshwari dan lain-lain. Semoga sambutan Hari Deepavali pada tahun ini akan berlangsung dengan meriahnya dan dapatlah kita sama-sama menikmati keamanan serta kemakmuran di negara bertuah ini bersama-sama.


      Di sini hamba lampirkan sebuah video yang diupload dari Youtube juga bersempena Hari Deepavali ini. Sama-sama kita hayati mesej yang disampaikan dan Happy Diwali!!! Video ini dibuat oleh Petronas dan bertajuk Deepavali Boys. Selamat menonton!


Kelas Grafik (Photoshop) : Menggunakan Custom Shape Tool (Bahagian I)

     Shape Tool di dalam Photoshop terdiri daripada beberapa bentuk asas seperti empat segi, bulatan, garis dan juga pelbagai jenis bentuk (shape). Bentuk yang pelbagai ini dimuatkan di dalam Custom Shape Tool. Terdapat puluhan jenis bentuk yang disimpan di dalam pustaka bentuk di dalam Photoshop dan anda perlu bijak menggunakannya. Dengan Custom Shape Tool ini anda boleh menggunakannya untuk pelbagai guna sama ada untuk Selection, untuk membina corak dan sebagainya. Kali ini kita akan melihat penggunaan Custom Shape Tool sebagai Selection dan menggunakan Selection itu pada gambar bagi membentuk corak atau pola pada ruang kerja.



Langkah 1 : Mula-mula buat satu ruang kerja dengan saiz 1024 x 168 pixels.















Langkah 2 : Berikut adalah ruang kerja anda.
















Langkah 3 : Kemudian buka beberapa gambar kegemaran anda. Pada rajah, hamba memilih gambar-gambar kereta.



















Langkah 4 : Kemudian, buka tetingkap semula ruang kerja dan kecilkan semua tetingkap lain. Klik pada Custom Shape Tool.












Kelas Grafik (Photoshop) : Menggunakan Custom Shape Tool (Bahagian II)

Langkah 16 : Garis putus-putus terbentuk.

















Langkah 17 : Heret imej ke ruang kerja (sama langkah 13).













Langkah 18 : Buka gambar kereta lain. Buat pula Shape lain dan lakukan langkah-langkah 8, 9, 10, 11, 12 dan 13 semula.

















Langkah 19 : Ubah saiz imej itu.



















Langkah 20 : Buka gambar kereta lain. Buat pula Shape lain dan lakukan langkah-langkah 8, 9, 10, 11, 12 dan 13 sekali lagi.























Jumaat, Oktober 22, 2010

Selamat Bertemu Kembali Semua!!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang mengenali hamba di laman maya ini. Terlebih dahulu hamba ingin menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf kerana sudah begitu lama tidak melakar sebarang berita atau ceritera di laman ini. Kesibukan yang menghambat hamba, ditambah lagi dengan bebanan tugas sama ada dari tugasan kerja dari studio dan kelas serta dari persatuan/kelab yang disertai menyebabkan jari hamba kurang pantas untuk menaip tinta di sini. Hamba di sini boleh diibaratkan seperti chipsmore yang seringkali dimakan oleh orang ramai, sekejap ada  sekejap tiada. Tapi, alhamdulillah...dengan dorongan dan doa dari ayahanda dan bonda serta rakan-rakan seperjuangan..hamba cuba harungi perjalanan sebagai seorang mahasiswa yang mencabar ini.

Baiklah, di sini ingin hamba war-warkan mengenai sebuah pameran yang dianjurkan oleh pelajar-pelajar studio bagi Asas Batik dan Lanjutan Batik. Hamba sebagai salah seorang pelajar yang terlibat serta naib pengarah dan juga ketua bahagian publisiti dengan segala hormatnya menjemput tuan/puan/cik/ adik-adik/ kakak-kakak/abang-abang ke majlis tersebut. Majlis ini adalah sebagai upacara kemuncak bagi memaparkan hasil karya pelajar yang bertungkus-lumus menyiapkan tugasan yang diberi. Tema pada semester ini adalah lebih mencabar berbanding semester lalu, terutama kami (termasuk hamba) pelajar Lanjutan Batik yang diarah menyiapkan tugasan yang lebih menuntut masa, tenaga dan kreativiti yang mencabar diri dan intelektual kami. Oleh itu, hamba menjemput rakan-rakan semua; terutama yang berada di sekitar Tanjung Malim untuk hadir bersama-sama memeriahkan majlis tersebut. majlis kemuncak adalah pada malam hari dan menjanjikan pengalaman yang tidak mudah untuk dilupakan!

Sekian dahulu daripada hamba. Di sini hamba lampirkan banner dan kad jemputan bagi majlis yang akan dilangsungkan nanti. Semoga bertemu lagi di tinta yang seterusnya. Wassalam.


Gambar 1 : Banner Bagi Majlis Yang Akan Dijalankan


Gambar 2 : Kad Jemputan Bagi Jemputan Dalam Majlis Ini


Buih Yang Berterbangan