BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Halaman Yang Tercipta OlehKu

Sahabat-Sahabat Hamba Yang Dikasihi....

Papan Pernyataan / Pengumuman

1. Pengumuman!! Kini blog ini sedang menjalani penambahbaikkan sistem dan kemaskini data serta menaiktaraf terutama di bahagian Menu (yang mana akan ditambah dengan Sub Menu). Oleh itu, diharap anda semua dapat menyokong hamba dan bersabar sekiranya berlaku ralat semasa mengunjungi laman ini.

2. Dengan sukacitanya, hamba akan meng'upload' segala fail berkaitan dan diletakkan di blog ini menerusi beberapa laman web simpanan fail iaitu Ziddu, Hotfile atau 4Shared.(P/s: Disebabkan Ziddu kini tidak lagi berada dibawah Linkbucks, maka pautan di bawah failnya akan mempunyai sedikit masalah. Jika berlaku, gunakan link alamat di atas bermula dengan http:// atau tekan link bertulis "Pergi Terus Ke Laman Anda"

3. Apabila anda menekan sebarang link (pautan) atau 'button' di dalam blog ini, anda akan dibawa ke sublink Linkbucks. Anda hanya perlu tekan "Skip This Ad" (atau nombor 'counting' dari 5 ke 0) pada sebelah atas kanan dan ia akan membawa anda terus ke laman yang dikehendaki.

4. Pelayan Linkwithin telah dikeluarkan atas sebab tertentu;jadi gunakan Menu yang tersedia di atas, atau klik di bahagian "Label Buku Terjemahan, Video@Audio", "Catatan Hamba Yang Ter'Hot'" dan "Senarai Catatan Hamba".

5. Jika anda melawat laman ini, dipersilakan menulis sebarang komen, cadangan atau pertanyaan menerusi "Ulasan" atau "ChatBox". Anda juga digalakkan untuk "Like" FB yang tersedia juga menjadi ahli bagi blog ini.

6. Terdapat gangguan pada fail 4Shared (masalah copyright), jadi lagu-lagu itu tidak akan dapat didownload dalam masa ini. Harap rakan-rakan semua bersabar dan Insyaallah, hamba akan download dan update link bagi setiap lagu itu kembali; kerana kini hamba bekerja.

Sekian, terima kasih.

Sila "Like" Jika Suka Sangat!

Nak Tukar Font? Silakan....

Translator Bahasa Hamba!

Sabtu, Disember 31, 2011

Tayangan Perdana 26 : Detective Conan Special 2 - Phantom Thief Kid's Summer Festival : Phantom Thief Kid's Busy Date!


Dengan segala hormatnya, hamba mempersembahkan

Mei Tantei Conan Supesharu 2 : Natsu no Kaito Kiddo Matsuri - Kaito Kiddo no Isogashii Deto


Terbahagi kepada 1 bahagian sahaja.

Sinopsis Ringkas :

Kaito telah merancang untuk mencuri sebuah mahkota bernama "Angel Crown" dari sebuah pameran, namun percubaan pertamanya tidak berhasil disebabkan Inspektor Nakamori telah dapat membaca taktiknya serta peralatannya yang rosak pada saat-saat genting. Kaito meninggalkan sebuah nota kepada pihak polis untuk menyatakan kehadirannya bagi merampas kembali mahkota tersebut pada Ahad berikutnya. Tanpa diduga, Inspektor Nakamori telah mengecam wajah Kaito dan menyatakannya kepada anaknya, Aoko bahawa Kaito Kid sebenarnya adalah Kuroba Kaito! Aoko berasa sangat risau dan telah membuat keputusan untuk mengajak Kaito 'keluar berdua' bersama-samanya ke taman tema; dengan tujuan untuk menafikan tuduhan ayahnya terhadap Kaito, juga jatuh pada hari yang sama! Tindakan ini menyebabkan keadaan bertambah rumit. Bagaimanakah Kaito menyelesaikan masalah ini? Dapatkah dia berada di 2 tempat yang sama atau dia harus mengorbankan salah satu daripadanya?





P/s : Hamba sukakan suasana yang romantik dan tenang....tapi pada masa yang sama mendebarkan...Tapi memang menakutkan bila melihat Kaito menaiki roller coster tanpa duduk di dalamnya, tetapi berpaut di tepinya!! Hamba fobia dengan ketinggian!!!! (Walaupun selalu panjat tangki loji, tapi hamba pakai alat keselamatan, tapi kalau tak ada...memang ngeri!!!)

Khamis, Disember 29, 2011

Tayangan Perdana 25 : The Cat Return (2002)


Dengan segala hormatnya, hamba dengan ini mempersembahkan

Neko no Ongaeshi (2002)



Terbahagi kepada 1 bahagian sahaja.

Sinopsis Ringkas :


Dari kiri : Baron Humbert Von Gikkingen (Baron), Yoshioka Haru (Haru), Toto dan Muta

Filem ini memaparkan kisah seorang gadis bernama Yoshioka Haru, seorang pelajar sekolah tinggi yang menjalani kehidupan sederhana bersama-sama ibunya, Yoshioka Naoko; seorang pereka fesyen. Haru seorang yang pemalu, gemar mendiamkan diri serta kurang yakin diri di sekolah dan telah menyukai rakan sekelasnya, seorang pelajar lelaki kacak yang baru bertukar ke sekolahnya. Dalam perjalanan pulang ke rumah dengan rakan baiknya Hiromi, dia telah berjaya menyelamatkan seekor kucing berwarna gelap, yang mempunyai warna mata yang berlainan pada salah satu matanya daripada dilanggar lori ketika kucing itu hendak melintas jalan. Tanpa disangka, kucing itu boleh berdiri dan bercakap dengannya!; sambil berterima kasih padanya. Haru yang  kebingungan pulang ke rumah, dan berbincang dengan ibunya yang mengimbas kembali kisah di mana Haru pernah memberi makan kepada seekor anak kucing terbuang pada 8 tahun yang lalu. Pada waktu malam, Haru dikejutkan dengan kehadiran 'rombongan' daripada Kerajaan Diraja Kucing (Neko no Jotai). Rupa-rupanya, kucing yang diselamatkannya adalah Putera Mahkota Kerajaan Diraja Kucing , bernama Putera Lune! Sebagai tanda terima kasih atas pertolongan Haru, Raja Kucing (Neko no O) telah memberikan 'hadiah' kepadanya. Namun, apabila bangun pada keesokkan harinya, keadaan bertambah kusut. Apakah yang harus dilakukan oleh Haru? Bagaimanakah penyelesaian kepada masalah ini?

Watak-watak di dalam filem ini :

Yoshioka Haru (Haru) - Manusia Biasa


- Haru (Dalam Keadaan Biasa : Lakaran) -

Selasa, Disember 27, 2011

Tayangan Perdana 24 : Detective Conan Magic File 2 - Kudo Shinichi :The Case of The Mysterious Wall and The Black Labrador


Dengan segala hormatnya, hamba mempersembahkan

Mei Tantei Conan Magic File 2 : Kudo Shinichi Nazo no Kabe to Kuro Rabu Jiken


Terbahagi kepada 1 bahagian sahaja.

Sinopsis Ringkas :

Kes ini berlaku ketika Shinichi masih seorang remaja dan bertemu dengan organisasi tersebut. Pada suatu hari, Shinichi bertemu dengan seorang lelaki yang sedang duduk termenung di sebuah taman. Lelaki tersebut, Akimoto Kouichi meminta bantuan daripada Shinichi bagi membuktikan 'alibi' dirinya. Kouichi telah menjelaskan bahawa pada hari Khamis yang lalu, neneknya telah ditemui mati di rumahnya dan polis mengesyakinya sebagai penjenayah yang melakukannya, disebabkan 'alibi'nya yang lemah, berbanding suspek yang lain. Hal ini menyebabkan dia terpaksa ke taman berkenaan untuk menemui sebarang bukti yang menunjukkan dia berada di taman ini; ketika kejadian pembunuhan itu berlaku. Bagaimanakah Shinichi menyelesaikan masalah lelaki itu dan masalahnya dengan Ran?


P/s : Di dalam sedutan ini, kita akan dapat melihat Ayumi, Genta dan Mitsuhiko yang masih berada di sekolah tadika (kecil). Mereka kelihatan sangat comel dan kiut! Selain itu, turut ditampilkan kedua ibu bapa Shinichi iaitu Kudo Yusaku dan Kudo Yukiko. Hamba paling cemburu melihat betapa besarnya perpustakaan milik keluarga ini, walaupun tahu ianya hanya sekadar animasi sahaja. Ini bermakna sememangnya keluarga ini tinggi ilmu pengetahuan serta mempunyai minat membaca yang sangat tinggi!! Mengapa kita tidak boleh mengikut kelakuan positif seperti ini?? Maka, fikir-fikirkanlah.

Tayangan Perdana 23 : Detective Conan OVA 3 - Conan And Heiji And the Vanished Boy


Dengan segala hormatnya, hamba mempersembahkan

Mei Tantei Conan OVA 3 : Conan to Heiji to Kieta Shonen


Terbahagi kepada 1 bahagian sahaja.

Sinopsis Ringkas :

Heiji telah menjemput Ran dan Conan (Shinichi) ke Osaka sekali lagi. Bersama-sama dengan sahabatnya, Kazuha; mereka telah dibawa berjalan-jalan di persekitaran bandar Osaka serta dijamu dengan pemandangan yang indah sepanjang perjalanan mereka. Ketika sedang berjalan-jalan di sebuah kawasan, mereka terserempak dengan tiga orang kanak-kanak yang didapati agak menyerupai Genta, Ayumi dan Mitsuhiko bernama Mayumi, Kenta dan Mikihiko. Mereka bertiga sebenarnya sedang menunggu seorang rakan mereka bernama Satoshi, yang telah didapati tidak hadir di tempat mereka menunggu seperti yang dijanjikan. Disebabkan itu, mereka meminta bantuan Heiji untuk menjejak Satoshi. Keadaan ini disebabkan mereka mendapati Satoshi telah menunjukkan beberapa tingkah laku yang agak pelik sebelum 'kehilangannya'. Keadaan bertambah rumit setelah Heiji dan Conan mendapati hadiah yang diberikan oleh Satoshi kepada Mayumi sebenarnya adalah milik seorang penjenayah yang dikehendaki. Apakah yang sebenarnya yang berlaku? Adakah mereka berjaya menjejaki Satoshi?





Tayangan Perdana 22 : Detective Conan The Movie 5 - Countdown To Heaven


Dengan segala hormatnya, hamba mempersembahkan

Mei Tantei Conan 5 : Tengoku e no Kauntodaun


Terbahagi kepada 5 bahagian sahaja.

Sinopsis Ringkas :

Gin dan Vodka, dua pembunuh upahan daripada Organisasi Berbaju Hitam (yang telah mengecilkan Shinichi menjadi Conan) masih dalam pencarian untuk menjejak Miyano Shiho (kini telah bertukar nama sebagai Haibara Ai). Mereka telah ke rumah kakak Ai dan telah menemui pesanan ringkas di telefon, menyatakan mengenai maklumat keberadaan Ai di bangunan yang baru dibina dan bakal dirasmikan tidak lama lagi di Tokyo (Niitamashi Twin Towers) dengan Kudo Shinichi. Ini membuatkan mereka membuat rancangan bagi menghapuskan kedua-dua 'ancaman' sekaligus. Dalam perjalanan pulang, Ahli Detektif Muda dan Prof Agasa singgah sebentar untuk melihat-lihat bangunan baru tersebut. Di sana, mereka bertemu dengan Ran, Sonoko dan Mouri yang telah dijemput untuk majlis perasmian bangunan baru tersebut. Namun, peristiwa yang tidak disangka berlaku apabila berlaku kes pembunuhan yang melibatkan 3 orang, iaitu Iwamatsu Ohki (pencipta bangunan itu), Hara Yoshioka (Eksekutif bagi Tokiwa Coorperation) dan juga Tokiwa Mio (Presiden Tokiwa Coorperation). Kematian mereka dikaitkan dengan seorang pembunuh berangkai yang kejam dan meninggalkan identitinya menerusi cawan sake yang ditelungkupkan serta terdapat pada sisi mayat yang ditemui. Apakah sebenarnya yang berlaku? Bagaimanakah Conan (Shinichi) dan Mouri merungkaikan kes yang rumit ini? Apakah Gin dan Vodka dapat menemui Ai yang telah mengecil serta adakah mereka yang membunuh ketiga-tiga mangsa?

Part 1





Isnin, Disember 26, 2011

La Memoria de Dairies (2011 Edition) - Parte 2

     Assalamualaikum kepada semua rakan-rakan blogger yang amat hamba hormati. Pada hari ini, kampus bercuti disebabkan cuti menyambut Hari Krismas/Hari Natal pada hari semalam, iaitu 25 Disember. Dalam pada itu, hamba juga sudah boleh menarik nafas lega kerana kesemua tugasan dan assignment yang ada bagi Tahun Akhir di sini, telah selesai. pada 28 Disember (Rabu) ini, hasil karya akan dinilai pula oleh pensyarah-pensyarah bidang Kraf. Kemudian, semua hasil karya yang terpilih daripada assessment akan dibawa ke Shah Alam untuk pameran pada 3 Jan 2012. Pada 16 Jan, adalah hari perasmian pameran; yang mana hamba dan rakan-rakan wajib menghadirinya. Terima kasih diucapkan kepada AJK pameran ini yang bersusah payah dan bertungkus lumus bagi memastikan perjalanan pameran berjalan dengan lancar. Mereka sememangnya sudah melakukan yang terbaik buat semua. 

Logo dan 'Button' bagi pameran yang akan dijalankan kelak

     Pada minggu lepas, iaitu Khamis lalu hamba telah mengikuti seorang rakan hamba, Mastura ke sebuah pementasan teater di Panggung Budaya, Fakulti Muzik & Seni Persembahan, UPSI. Teater yang dimainkan adalah teater berjudul "Mayat". Ini merupakan teater kedua yang hamba pernah tonton semenjak hamba belajar di sini, setelah menonton teater "Puteri Sakdong" pada 2 semester yang lalu. Hamba akui bahawa hamba agak kurang gemar menonton teater yang bergenre moden berbanding dengan genre purbakala, kerana kurang selesa; selain daripada era yang dipamerkan adalah sinonim dengan kehidupan seharian kita sendiri. Dalam pada itu, hamba lebih gemar laras bahasa lama yang digunakan berbanding bahasa moden. Sebenarnya, ia juga berada di luar jangkaan hamba. Mastura secara tiba-tiba mengajak hamba menerusi laman sosial Facebook, kerana ada baki tiket. Tanpa membuang masa dan juga disebabkan kebosanan, hamba menerima jemputan itu. Teater ini agak menghiburkan dan menonjolkan lawak skelptik yang baik, namun disebabkan terlalu banyak dialog; membuatkan hamba agak bosan. Tetapi usaha yang baik. Namun, hamba ingin memuji bahagian 'Effect System' terutama kilat semasa hujan, yang berlaku dengan baik, seolah-olah itulah hujan sebenar. Di sini, hamba lampirkan beberapa gambar dan sedutan (rakaman) yang hamba sempat rakamkan untuk sedikit tatapan semua.

Sedikit sedutan daripada teater "Mayat"

Double Celebration!! Blog 3rd Year Anniversary & My Belated Birthday!!!

      Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan blogger dan juga pengunjung blog hamba. Akhirnya pada hari ini, blog hamba telah mencapai usia tiga tahun!! Ini bermakna sudah hampir 3 tahun hamba mengendalikan blog ini. Terima kasih hamba tujukan kepada semua kerana sudi melawat laman blog hamba dan memberi semangat kepada hamba untuk meneruskan legasi yang ingin hamba jalankan, walaupun tidak segah mana. Selain daripada itu, hamba juga ingin menyambut Hari Lahir hamba yang telah berlalu 19 Disember dahulu. Syukran, hamba telah dikurniakan umur yang panjang dan kesihatan yang baik untuk lebih lama bertapak di muka bumi ini dengan kehendak Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang. Sampai di sini sahaja ucapan hamba, harapan hamba agar semuanya terhibur dan melakukan yang terbaik juga dalam hidup. Wassalam.


Buih Yang Berterbangan