Papan Pernyataan / Pengumuman
Dengan segala hormatnya, hamba mempersembahkan
Mei Tantei Conan Supersaru 3 : Ojo-sama wa Magikku ga o Suki
Terdapat dalam 1 bahagian sahaja.
Sinopsis Ringkas :
Puteri Anne, iaitu puteri dari kerajaan Duchy Sabrina telah berangkat ke Jepun untuk mengadakan sebuah majlis keraian untuk ahli-ahli magik. Beliau ditemani oleh seorang detektif dari Eropah bernama Delon, yang terkenal namun bersikap sombong serta tidak suka bekerjasama dengan orang lain. Selain itu, Puteri Anne telah mengemukakan cabaran terbuka kepada Pencuri Terhandal, Kaito Kid untuk hadir ke majlis untuk mencuri rantai permata warisan keluarganya, Beaucoup de Soleil a Paris atau "Mentari Yang Menyinar Di Paris" di dalam media massa dan cetak. Ini menimbulkan keinginan Kuroba Kaito (alias Kaito Kid) untuk mengambil rantai itu, kerana merasakan tercabar dengan kata-kata puteri tersebut. Sementara di hotel, Inspektor Nakamori tidak selesa untuk bekerjasama dengan Detektif Delon yang sombong, diikuti oleh Aoko yang hadir memeriahkan majlis. Kedatangan Kaito pada malam itu nyata membuahkan hasil dan merupakan satu kejutan, bahawa sebenarnya Puteri Anne hanya ingin bertemu dua mata dengannya kerana beliau adalah peminat setianya! Apakah yang bakal berlaku kepada Kaito? Bagaimanakah caranya Kaito melepaskan diri dari kawasan itu?
Dengan segala hormatnya, hamba mempersembahkan
Mei Tantei Conan OVA 4 : Conan to Kaito Kiddo to Kurisuturu Maza
Terdapat dalam 1 bahagian sahaja.
Sinopsis Ringkas :
Mengisahkan tentang operasi pihak polis Jepun yang diketuai oleh Nakamori Ginzo untuk menghalang Kaito Kid dari mencuri sebuah kristal dari seorang Ratu dari kerajaan Ingram yang bernama Elizabeth. Kristal itu bernama "Crystal Mother" yang bermaksud "Ibu Kristal", yang merupakan kristal yang paling besar di seluruh Eropah. Ini disebabkan Kaito telah menghantar surat menyatakan hasratnya untuk mencurinya ketika Ratu berada di dalam kereta api Royal Express. Selain itu, Inspektor Nakamori telah mengajak anaknya, Nakamori Aoko dan Kuroba Kaito (yang sebenarnya adalah Kaito Kid) untuk menemaninya dalam operasi itu. Peluang itu sebaik-baiknya digunakan oleh Kaito untuk cuba mencuri kristal tersebut, namun setelah berjaya mendapatkannya pada percubaan pertama hasratnya terhalang apabila mendapati anak kepada Ratu Elizabeth, Putera Philip sangat obses untuk menangkap dirinya sebagai memperoleh perhatian dan penghargaan dari ibunya sendiri. Keadaan semakin sulit bila mendapati ada seorang penjenayah bernama 'Jackal' yang terlepas dari penjara, memburu Kaito untuk tujuan tertentu. Apakah yang bakal berlaku? Dapatkah Kaito menghalang kejadian tidak diingini berlaku pada dirinya, sekaligus merahsiakan identitinya?
P/s : Kasih sayang seorang ibu adalah terlalu agung walau sedingin manapun ibu tersebut. Sebagai anak, kita seharusnya memahami dan menyayangi ibu kita, bukan hanya tahu menyalahkan dan menyinggung ibu. sekeras-keras hati seorang ibu, jauh di sudut hati tersorok kasih sayangg yang amat luas untuk anaknya. Jadi, hargailah ibu anda walau siapa ibu kita.