Assalamualaikum pada semua yang melayari blog hamba, terima kasih hamba ucapkan. Di sini hamba sekadar ingin berkongsi maklumat dan kenangan/memori hamba semasa menuntut di SMK Clifford, Kuala Lipis pada tahun 2006-2007. Hamba ketika ini menjalankan projek kerja kursus hamba semasa menjawab kertas PSV 3. Nyata jerih perih hamba berbayar jua akhirnya, kerana hamba berjaya mendapat A dlm PSV. Lebih mengejutkan, hamba berjaya menjawab kertas 1 dengan baik, sedangkan hamba amat lemah dalam subjek ini. Setinggi penghargaan hamba ucapkan kepada guru hamba, Pn Hamidah & En.Saribunis (adinda beliau kini menuntut di tempat yang sama dengan hamba, dalam course yang sama). Tapi, alhamdulillah, hamba akhirnya berjaya menjejakkan kaki ke menara gading....terima kasih semua...
Hamba sedang sibuk melakar pada folio
Antara bahan-bahan yang hamba gunakan untuk menghasilkan projek lanskap ini
Alatan lukisan & lakaran yang hamba gunakan
Gabungan alatan tangan & alatan tulisan
Hamba bermula dengan memotong span
Hamba menggunting span mencuci pinggan untuk dijadikan lantai @ rumput di atas model
Hasil keratan yang hamba lakukan...
Hamba menggunting span...
Gam UHU digunakan untuk melekatkan span ke papan board
Setelah dilekat, buat pembetulan sedikit pada span yang ditampal
Percubaan 1 : Untuk membuat bunga pagar di situ..
Hasil pertama kerja hamba...
Sibuk menggaris ganti meja...untuk buat pagar
Gam putih disapu pula daripada rakan saya..
Lukis dengan baik, untuk memudahkan pemotongan dilakukan
Tengah sapu gam pada span untuk dijadikan pokok
Mula memotong ikut jenis permainan & saiz yang dikehendaki..
Hamba sedang membuat hiasan untuk pagar
0 ulasan:
Catat Ulasan