Dengan segala hormatnya, hamba mempersembahkan
Mei Tantei Conan 4 : Hitomi no Naka no Ansatsusha
Terbahagi kepada 5 bahagian.
Sinopsis ringkas :
Dalam satu perbualan telefon, Mouri Ran telah menyatakan kepada Kudo Shinichi (Conan) untuk kembali ke Taman Tema (tempat di mana kejadian Shinchi bertukar menjadi kanak-kanak oleh Gin). Keadaan ini menyebabkan Shinchi menjadi serba salah. Kemudian, Conan terserempak dengan Ayumi, Genta dan Mitsuhiko. Dalam perjalanan pulang, mereka telah menyaksikan kejadian seorang anggota polis Jepun yang ditembak oleh seseorang yang tidak dikenali. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, Conan sedar bahawa pembunuh yang telah melakukan beberapa pembunuhan sebelum ini dengan menjadikan anggota polis sebagai sasaran utama, mempunyai hubungan dengan jabatan polis sendiri. Keadaan semakin runcing apabila Sato Miwako, anggota polis yang dikenali oleh Ran, Kogoro dan Conan ditembak oleh pembunuh itu dalam sebuah parti. Ran yang ketika itu bersama-sama dengan Sato, merupakan satu-satunya saksi yang telah menyaksikan kejadian tersebut. Akibatnya, Ran menjadi trauma (kejutan) dan mengalami temporary retrograde amnesia; iaitu kehilangan akses kepada peristiwa yang berlaku, atau maklumat yang telah dipelajari sebelum berlakunya kejadian atau kecederaan. Jadi, Shinichi (Conan) mesti mencari siapakah pembunuh itu sambil melindungi Ran, supaya pembunuh itu tidak mendapat akses untuk mendekati Ran. Conan mula menyiasat dengan lebih mendalam dan teliti.....
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5 (Akhir)
P/s : Ketika saat-saat mencemaskan di Taman Tema tersebut, Conan (Shinichi) secara tidak sengaja mengatakan bahawa dia menyukai Ran. Tetapi, Ran menganggap bahawa Conan masih seorang budak (sebenarnya adalah Shinichi) dan menyatakan bahawa dia akan bertemu orang lain pada masa akan datang. Shinichi hanya mampu untuk mendiamkan diri dan memahami apa yang difikirkan Ran, dan merasakan bahawa rahsianya masih belum terbongkar. Namun, jauh di sudut hati dia lega bahawa Ran selamat.
0 ulasan:
Catat Ulasan