Dengan segala hormatnya, hamba dengan ini mempersembahkan
Neko no Ongaeshi (2002)
Terbahagi kepada 1 bahagian sahaja.
Sinopsis Ringkas :
Dari kiri : Baron Humbert Von Gikkingen (Baron), Yoshioka Haru (Haru), Toto dan Muta
Dari kiri : Baron Humbert Von Gikkingen (Baron), Yoshioka Haru (Haru), Toto dan Muta
Filem ini memaparkan kisah seorang gadis bernama Yoshioka Haru, seorang pelajar sekolah tinggi yang menjalani kehidupan sederhana bersama-sama ibunya, Yoshioka Naoko; seorang pereka fesyen. Haru seorang yang pemalu, gemar mendiamkan diri serta kurang yakin diri di sekolah dan telah menyukai rakan sekelasnya, seorang pelajar lelaki kacak yang baru bertukar ke sekolahnya. Dalam perjalanan pulang ke rumah dengan rakan baiknya Hiromi, dia telah berjaya menyelamatkan seekor kucing berwarna gelap, yang mempunyai warna mata yang berlainan pada salah satu matanya daripada dilanggar lori ketika kucing itu hendak melintas jalan. Tanpa disangka, kucing itu boleh berdiri dan bercakap dengannya!; sambil berterima kasih padanya. Haru yang kebingungan pulang ke rumah, dan berbincang dengan ibunya yang mengimbas kembali kisah di mana Haru pernah memberi makan kepada seekor anak kucing terbuang pada 8 tahun yang lalu. Pada waktu malam, Haru dikejutkan dengan kehadiran 'rombongan' daripada Kerajaan Diraja Kucing (Neko no Jotai). Rupa-rupanya, kucing yang diselamatkannya adalah Putera Mahkota Kerajaan Diraja Kucing , bernama Putera Lune! Sebagai tanda terima kasih atas pertolongan Haru, Raja Kucing (Neko no O) telah memberikan 'hadiah' kepadanya. Namun, apabila bangun pada keesokkan harinya, keadaan bertambah kusut. Apakah yang harus dilakukan oleh Haru? Bagaimanakah penyelesaian kepada masalah ini?
Watak-watak di dalam filem ini :
Yoshioka Haru (Haru) - Manusia Biasa
- Haru (Dalam Keadaan Biasa : Lakaran) -