Papan Pernyataan / Pengumuman
Dengan segala hormatnya, hamba mempersembahkan
Enthiran (The Robot) 2010 - Versi Hindi
Terdapat dalam 1 bahagian sahaja.
Sinopsis Ringkas:
Filem ini merupakan adaptasi daripada versi Tamil (asal). Kisah ini bermula apabila seorang sainstis muda bernama Dr. Vaseegaran (Rajinikanth) telah bertungkus-lumus selama 10 tahun lamanya untuk menghasilkan sebuah robot yang menyerupai manusia atau android. Vaseegaran dibantu oleh 2 pembantunya, iaitu Siva (Santhanam) dan Ravi (Karunas). Usahanya berhasil mencipta sebuah robot humanoid pertama yang kemudian dinamakan sebagai Chitti (Rajinikanth). Hasil ciptaannya itu mendapat perhatian umum, setelah pengisytiharan kewujudan Chitti di dalam sebuah persidangan robotik. Namun, kejayaannya itu dicemburui oleh seorang sainstis veteren juga mentor Dr. Vaseegaran sendiri, iaitu Dr. Bohra (Danny Denzongpa) yang telah bertahun-tahun berusaha mencipta sebuah robot seperti Vaseegaran, namun masih tidak berhasil. Sana (Aishwarya Rai Bachchan) kemudian membawa Chitti ke rumahnya bagi membantunya dalam mengulangkaji kerana akan menghadapi peperiksaan, yang kemudiannya berakhir dengan pelbagai kejadian yang tidak diduga serta lucu. Keadaan bertambah tegang, apabila Chitti tidak mendapat 'kelulusan' daripada pihak Artificial Intelligence Research and Development (AIRD) Institute yang mempersoalkan manipulasi robot itu kepada pihak lain. Ini membuatkan Vaseegaran berang, dan cuba membuktikan kebolehan Chitti di mata masyarakat. Apakah yang dilakukan Vaseegaran? Adakah kewujudan Chitti mendatangkan kebaikan atau keburukan?
0 ulasan:
Catat Ulasan