BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Halaman Yang Tercipta OlehKu

Sahabat-Sahabat Hamba Yang Dikasihi....

Papan Pernyataan / Pengumuman

1. Pengumuman!! Kini blog ini sedang menjalani penambahbaikkan sistem dan kemaskini data serta menaiktaraf terutama di bahagian Menu (yang mana akan ditambah dengan Sub Menu). Oleh itu, diharap anda semua dapat menyokong hamba dan bersabar sekiranya berlaku ralat semasa mengunjungi laman ini.

2. Dengan sukacitanya, hamba akan meng'upload' segala fail berkaitan dan diletakkan di blog ini menerusi beberapa laman web simpanan fail iaitu Ziddu, Hotfile atau 4Shared.(P/s: Disebabkan Ziddu kini tidak lagi berada dibawah Linkbucks, maka pautan di bawah failnya akan mempunyai sedikit masalah. Jika berlaku, gunakan link alamat di atas bermula dengan http:// atau tekan link bertulis "Pergi Terus Ke Laman Anda"

3. Apabila anda menekan sebarang link (pautan) atau 'button' di dalam blog ini, anda akan dibawa ke sublink Linkbucks. Anda hanya perlu tekan "Skip This Ad" (atau nombor 'counting' dari 5 ke 0) pada sebelah atas kanan dan ia akan membawa anda terus ke laman yang dikehendaki.

4. Pelayan Linkwithin telah dikeluarkan atas sebab tertentu;jadi gunakan Menu yang tersedia di atas, atau klik di bahagian "Label Buku Terjemahan, Video@Audio", "Catatan Hamba Yang Ter'Hot'" dan "Senarai Catatan Hamba".

5. Jika anda melawat laman ini, dipersilakan menulis sebarang komen, cadangan atau pertanyaan menerusi "Ulasan" atau "ChatBox". Anda juga digalakkan untuk "Like" FB yang tersedia juga menjadi ahli bagi blog ini.

6. Terdapat gangguan pada fail 4Shared (masalah copyright), jadi lagu-lagu itu tidak akan dapat didownload dalam masa ini. Harap rakan-rakan semua bersabar dan Insyaallah, hamba akan download dan update link bagi setiap lagu itu kembali; kerana kini hamba bekerja.

Sekian, terima kasih.

Sila "Like" Jika Suka Sangat!

Nak Tukar Font? Silakan....

Translator Bahasa Hamba!

Khamis, Mei 10, 2012

Menghitung Detik Menuju Majlis Konvokesyen UPSI Ke-14! - Bab Akhir



Hamba ketika bersiap sedia untuk ke Dewan Besar

      Tepat pada jam 5.30 pagi pada 8 Mei 2012, hamba telah bangkit dari tidur dan membersihkan diri. Setelah menyelesaikan perkara-perkara yang wajib, hamba bersegera mengejutkan ahli-ahli keluarga yang lain untuk bersiap sedia ke Dewan Besar. Pada pagi itu juga, hamba bersiap sedia seadanya dengan mengenakan jubah konvokesyen, selendang berwarna fakulti iaitu warna maroon serta topi. Megah rasanya memakai pakaian itu, yang mana meraikan hamba pada hari itu sebagai seorang graduan. Bonda juga tidak kurang ayunya memakai baju kurung dan disertai dengan baju sejuk. Ini ditambah lagi dengan cermin mata hamba yang dipinjamkan bagi membolehkan bonda melihat dengan jelas di skrin kelak. Tepat jam 6.56 pagi, hamba bergegas ke kampus baru UPSI di Proton City. Ayahanda sempat singgah sebentar di gerai berhampiran jalan untuk membeli sedikit kuih-muih untuk hamba, bagi dijadikan alas perut. Hamba tiba di Panggung Percubaan tepat pada jam 7.20 pagi dan memasuki Panggung Percubaan setelah dipanggil oleh petugas yang berada di kawasan berkenaan. 


Nama hamba sepertimana yang tercatat di dalam buku cenderamata. Nama hamba terletak pada baris ke-6 dari atas

     Keadaan di dalam Panggung Percubaan adalah hampir menyerupai Dewan Besar dan pihak pengurusan telah meletakkan nombor pada tempat duduk bagi memudahkan graduan. Tempat duduk hamba adalah 139 dan terletak pada baris kelima di dalam panggung tersebut. Setelah semua graduan memenuhi ruang duduk, kami semua diarahkan untuk mengisi kad gambar (yang telah diberikan ketika mengambil jubah) serta memastikan kertas bar kod berada dalam keadaan sempurna (tidak renyuk, rosak dan sebagainya). Kemudian, kami juga diberikan sedikit taklimat oleh petugas yang diamanahkan. Selain daripada itu juga, kami juga menerima berita bahawa dua orang sahabat hamba yang pernah hamba sebutkan di dalam penulisan sebelum ini, iaitu pasangan kembar Abdul Rahman Ajit dan Abdul Rahim Ajit telah dijadualkan untuk menjalani temuramah eksklusif dengan para wartawan mengenai majlis konvokesyen tersebut, usai aturcara majlis nanti. Tambahan pula, mereka berdua adalah pasangan kembar terbaik di fakulti FSKIK dan juga bahagian kami, iaitu Pendidikan Seni (AT23). Tahniah diucapkan kepada kedua-duanya! Pada jam 8.15 pagi, kami semua (graduan) telah diarahkan keluar dari Panggung Percubaan menuju ke Dewan Besar dengan berarak mengikut barisan masing-masing.


Hamba dan keluarga di luar Dewan Besar. Dari kiri : Wawa (Teh), hamba, Ayahanda, Qayyum dan bonda


Karangan bunga yang diberikan - cantik dan berharga sebab dari ayahanda dan bonda, semestinya! Walaupun bunga ni bukan kegemaran hamba.

      Ketika dalam perjalanan menuju ke tempat duduk, kami semua diiringi dengan lagu dari orkestra UPSI. Suasana pada ketika itu sangat berlainan dan mendebarkan jiwa. Perasaan bangga dan puas hati terselah di jiwa mendapat sambutan ala-ala bintang menuju karpet merah di tengah-tengah dewan tersebut. Dewan ternyata penuh dengan ibu bapa pelajar serta ahli keluarga yang lain, dengan tujuan melihat dengan mata sendiri anak-anak mereka yang berjalan megah berpakaian konvokesyen menerima ijazah yang dijanjikan. Tatkala memasuki barisan tempat duduk hamba di hadapan, tercetus suatu perasaan yang tidak dapat ditolak - sayu. Hamba sedar bahawa di dalam dewan itu terdapat juga ayahanda, bonda dan adinda-adinda hamba yang telah memasuki dewan tersebut. Tapi, tidak dinafikan kala itu hati terasa sangat sayu apabila mengenangkan kedua-dua arwah nenda (ayahanda dan bonda sebelah bonda hamba) yang telah lama pergi menemui Illahi, dan ternyata tidak sempat untuk menyaksikan peristiwa bersejarah ini. Siapa yang tidak sayu apabila mengenangkan kedua-dua 'penyokong kuat' hamba sepanjang berjuang di medan ilmu ini tiada untuk melihat dengan mata sendiri, cucunda sulung mereka ini menerima segulung ijazah - sekaligus orang pertama memecahkan rekod keluarga bonda menerima ijazah serta pendidikan tertinggi. Hamba lihat ke belakang tempat duduk dan 'terlihat' seolah-olah kedua-dua arwah ada di belakang; melambai-lambaikan tangan dengan senyuman terukir di muka - memberi ucapan tahniah dan syabas pada hamba. Air mata yang bertakung di tubir mata, akhirnya tumpah jua tanpa disedari. Hamba tidak peduli keadaan hamba ketika itu, hanya melayan perasaan yang bercampur baur ketika itu.







Barangan-barangan yang diperolehi semasa konvokesyen. Karangan bunga, buku cenderahati (milik hamba dan keluarga) serta fail simpanan sijil UPSI.

      Namun, agak kalut juga apabila ketiadaan tisu untuk mengesat tangisan tersebut. Jadi, terpaksalah lengan baju kurung hamba menjadi 'mangsa'. Di hati, hamba menjerit kesukaan dan berkata, "Atuk, Nor dah berjaya! Nor dah tunaikan janji yang Nor buat dulu! Nor dah dapat ijazah sekarang, Tok!" Hamba lihat ke sekeliling, melihat rakan-rakan. Perasaan sayu ini juga dirasai oleh rakan-rakan hamba yang mana ketiadaan ayahanda atau bonda; yang turut dipanggil lebih awal oleh Illahi. Al-Fatihah buat semua arwah. Semasa majlis penyampaian, kumpulan hamba adalah yang paling 'kecoh' dengan bertepuk tangan serta 'mengeluarkan suara seruan' kepada kawan-kawan yang menaiki pentas. Bukan untuk buat kecoh, tetapi memberi penghargaan kepada rakan-rakan yang sama-sama menerima ijazah. Semasa tiba giliran untuk ke pentas, hamba sudah mula berasa gemuruh dan sejuk. Mujur, Md Din 'menyakat' hamba membuatkan lupa sebentar mengenai perasaan gemuruh itu. Ketika hamba berada di belakang tirai, petugas di situ bertanyakan sesuatu, "Apa matlamat kamu pada masa depan?" Tanpa teragak-agak dan tanpa suara hamba hanya menunjuk ke arah kerusi Pro-Cansellor yang terletak di tengah pentas. Terkejut petugas tersebut, dan menunjukkan tanda 'bagus' pada hamba. Di hati, hamba ucapkan, "Insyaallah, jika diizinkan Tuhan Yang Esa". Apabila nama hamba dipanggil, hamba dengan megahnya berjalan mengambil buku pada tangan Pro-Cansellor dan bersegera ke tempat duduk hamba dengan perasaan gembira bercampur lega.


Ha! Inilah sijil hamba!! Dengan sahnya hamba sudah bergelar graduan UPSI!

      Majlis berlangsung dengan lancar, dan ucapan yang diberikan oleh Pro-Cansellor ternyata membenihkan pernyataan yang jelas bahawa beliau sememangnya layak menjadi penyampai sijil kami semua. Setelah nyanyian lagu Negaraku dan lagu rasmi UPSI, "Ibu Kandung Suluh Budiman", kami semua keluar dari dewan. Kami semua berjumpa dengan pensyarah-pensyarah yang telah mencurahkan ilmu pada kami, antaranya, Cik Muriza, En Hassan Ghazali, En. Burn (Abu Bakar), Dr. Suhaimi (yang saya sebutkan namanya). Di luar juga, bonda memberikan hamba bunga karangan yang dibeli untuk hamba (sebenarnya keluarga hamba tak biasa membeli barang-barang remeh begitu). Terima kasih ayahanda dan bonda! Hamba tidak sempat untuk bergambar kenangan dengan rakan-rakan seperjuangan, kerana ayahanda terpaksa berkejar segera ke Kuantan (atas urusan kerja) dan menghantar adinda ke-3, Wawa (Teh) ke asrama pada hari itu juga (ketiadaan orang untuk menghantarnya ke sekolah, bas juga sudah tiada perkhidmatannya di Chenor). Hamba kemudiannya berkejar ke studio fotografi di KHAR, yang mana bayarannya adalah lebih berpatutan iaitu hanya RM90 untuk 1 gambar individu, 1 gambar keluarga, 1 gambar bebas dan 1 CD (kuantiti gambar adalah banyak dan pelbagai pose - boleh diminta pada jurufoto), termasuk bayaran untuk pos. Murah, bukan? Setelah bersantap dan berehat seketika, hamba bergegas semula ke Bilik Jubah, memulangkan jubah serta mengambil sijil. Di sana, hamba bertemu dengan pasangan kembar (Aman & Ahim), Jamy, Sham, Wahida dan rakan-rakan yang ada di situ (untuk ambil sijil). 


Tempat simpanan sijil - yang diperolehi semasa di atas pentas dari tangan Pro-Cansellor

     Tepat jam 4 petang, hamba bertolak balik ke Pahang melalui jalan Batang Kali - Genting Highlands. Suasana yang redup dan sejuk sememangnya menggoda hamba untuk membuka tingkap kereta dan menikmati udara sejuk di atas bukit tersebut; sepanjang menuruni sepanjang laluan menuju ke Hentian Genting Sempah. Ayahanda kemudiannya meneruskan perjalanan ke Pahang dan tiba di rumah nenda (aki) di Felda Kampung Awah, tepat jam 7.20 malam. Setelah berkemas seketika, kami sekeluarga ke SMK Agama Chenor menghantar Wawa dan seterusnya bertolak pulang ke Bandar Pusat Jengka. Kami sekeluarga selamat tiba, tepat pada jam 10.30 malam setelah meredah hujan lebat di sepanjang perjalanan. Sebelum tidur, hamba sempat melihat ke arah jambangan bunga, bekas sijil dan beg kertas konvokesyen dengan rasa yang tidak percaya, bahawa pada hari ini, hamba dengan secara sahnya bergelar graduan UPSI dan bakal guru yang akan mencurahkan ilmu kepada anak bangsa yang memerlukan. Berpadanan pula dengan 16 Mei ini, yang merupakan Hari Guru kepada semua guru di seluruh Malaysia. Selamat Hari Guru diucapkan dan semoga semua guru sentiasa sihat dan ceria mencurahkan bakti dan tenaga pada anak bangsa! Wassalam.....

0 ulasan:

Buih Yang Berterbangan