Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan bloggers yang dikasihi dan dihormati. Syukur dipanjatkan kepada Yang Maha Esa kerana hamba diberi peluang untuk menulis di ruangan ini kembali setelah beberapa lama menyepikan diri. Alhamdulillah juga, hamba akhirnya menemui 'sejarah' hasil karya hamba yang tertanam di dasar fail yang telah lama disimpan. Ini adalah salinan gambar berkaitan dengan folio Pendidikan Seni Visual (PSV) STPM yang mana merupakan hasil untuk PSV Kertas 3 ketika itu. Ini sekaligus menggamit kenangan hamba terhadap sekolah yang mencatat sejarah kegemilangan tersendiri, iaitu SMK Clifford, Kuala Lipis, Pahang. Baiklah, hamba akan membiarkan rakan-rakan semua meneliti kesemua gambar yang hamba sediakan.
~ Peringatan ~
Ini merupakan hanya sebahagian daripada bahagian-bahagian di dalam folio
Untuk kertas 3 tersebut, hamba telah mengambil soalan yang menghendaki pelajar untuk membina sebuah rekabentuk landskap bagi sebuah taman permainan kanak-kanak yang bersesuaian dengan taska / tabika. Oleh itu, hamba telah mengambil inspirasi daripada haiwan akuatik untuk dijadikan sebagai sumber idea. Oleh itu, secara logiknya kita hendaklah mengambil kira perkara-perkara berikut:
a) Aspek keselamatan kanak-kanak yang bermain
- Rekabentuk peralatan permainan, struktur permainan, bahan / medium yang digunakan untuk pembinaan peralatan permainan dan rekabentuk landskap taman.
b) Aspek keceriaan taman
- Tumbuh-tumbuhan yang sesuai diletakkan di taska : tidak mendatangkan ketidakselesaan pada kanak-kanak, memudahkan penjagaan.
- Warna-warna yang digunakan adalah ceria dan bersesuaian dengan dunia kanak-kanak.
Maklumat isi kandungan - Perlu diisi dengan kemas dan teliti
Permasalahan - Adalah perkara yang berkaitan dengan topik / sesuatu yang kita sedang kaji / teliti. Tujuannya adalah supaya kita akan dapat mencari maklumat berkaitan dengan tajuk atau perkara yang ingin dikaji / diteliti / diadakan.
Kajian Perpustakaan - Kajian yang diperolehi daripada mana-mana bahan bacaan (buku, majalah, poster dan sebagainya; yang maknanya boleh dilihat dan dibaca) sama ada milikan sendiri atau diperolehi dari perpustakaan. Nota pelajaran juga boleh dijadikan bahan.
Kajian Gambar - Kajian yang diperolehi daripada gambar-gambar yang diperolehi sama ada menerusi internet, buku dan sebagainya (bukan dari kamera)