BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS �

Halaman Yang Tercipta OlehKu

Sahabat-Sahabat Hamba Yang Dikasihi....

Papan Pernyataan / Pengumuman

1. Pengumuman!! Kini blog ini sedang menjalani penambahbaikkan sistem dan kemaskini data serta menaiktaraf terutama di bahagian Menu (yang mana akan ditambah dengan Sub Menu). Oleh itu, diharap anda semua dapat menyokong hamba dan bersabar sekiranya berlaku ralat semasa mengunjungi laman ini.

2. Dengan sukacitanya, hamba akan meng'upload' segala fail berkaitan dan diletakkan di blog ini menerusi beberapa laman web simpanan fail iaitu Ziddu, Hotfile atau 4Shared.(P/s: Disebabkan Ziddu kini tidak lagi berada dibawah Linkbucks, maka pautan di bawah failnya akan mempunyai sedikit masalah. Jika berlaku, gunakan link alamat di atas bermula dengan http:// atau tekan link bertulis "Pergi Terus Ke Laman Anda"

3. Apabila anda menekan sebarang link (pautan) atau 'button' di dalam blog ini, anda akan dibawa ke sublink Linkbucks. Anda hanya perlu tekan "Skip This Ad" (atau nombor 'counting' dari 5 ke 0) pada sebelah atas kanan dan ia akan membawa anda terus ke laman yang dikehendaki.

4. Pelayan Linkwithin telah dikeluarkan atas sebab tertentu;jadi gunakan Menu yang tersedia di atas, atau klik di bahagian "Label Buku Terjemahan, Video@Audio", "Catatan Hamba Yang Ter'Hot'" dan "Senarai Catatan Hamba".

5. Jika anda melawat laman ini, dipersilakan menulis sebarang komen, cadangan atau pertanyaan menerusi "Ulasan" atau "ChatBox". Anda juga digalakkan untuk "Like" FB yang tersedia juga menjadi ahli bagi blog ini.

6. Terdapat gangguan pada fail 4Shared (masalah copyright), jadi lagu-lagu itu tidak akan dapat didownload dalam masa ini. Harap rakan-rakan semua bersabar dan Insyaallah, hamba akan download dan update link bagi setiap lagu itu kembali; kerana kini hamba bekerja.

Sekian, terima kasih.

Sila "Like" Jika Suka Sangat!

Nak Tukar Font? Silakan....

Translator Bahasa Hamba!

Memaparkan catatan dengan label Raya N Puasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Raya N Puasa. Papar semua catatan

Jumaat, September 03, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri!!

Assalamualaikum kepada semua rakan-rakan bloggers, kini bulan Ramadhan kian melabuhkan tirainya. Kini deretan perantau, terutamanya pelajar-pelajar universiti sedang/akan pulang ke kampung halaman masing-masing. Oleh itu diucapkan selamat jalan dan selamat tiba ke destinasi yang dituju. Di sini, hambaucapkan Selamat Hari Raya & inilah kad raya mewakili hamba & keluarga.


Rabu, Ogos 11, 2010

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan!!!

        Assalamualaikum kepada rakan-rakan bloggers sekalian....Maafkan hamba kerana telah lama tidak menulis sebarang tinta kecuali meng'upload' perisian atau nota-nota berkaitan grafik di laman blog ini. Keadaan ini disebabkan hamba kini semakin sibuk dengan kuliah-kuliah & deretan assignment, terutama sekali kerja-kerja di studio seni. Alhamdulillah, setakat ini masih berjalan lancar, dan insyaallah...semua yang berkaitan akan berjalan dengan baik dan sempurna.

      Pada hari ini, bermulalah puasa (1 Ramadhan). Maka,pada malam tadi, telah bermulanya solat terawih di laman KHAR, yang dihadiri oleh ramai jemaah. Hamba tidak dapat ikut bersama disebabkan tugasan yang harus hamba selesaikan, kerana akan berlaku presentation untuk 2 studio. Jadi, mahu tak mahu hamba terpaksa menyudahkan tugasan. Insyaallah, hamba akan ke laman KHAR untuk berjemaah nanti. Pada semester ini, suasana berpuasa agak berlainan. Mungkin disebabkan hamba kini menetap di rumah sewa. Makanan pun dimasak sendiri, berbanding dahulu; sekadar hanya membeli di gerai-gerai makan. Selain dari menjimatkan kos perbelanjaan, ia juga dapat mengeratkan hubungan hamba dengan teman-teman serumah. Sekiranya ada bahan dan rajin, hamba akan memasak. 

      Pada semester ini juga, bermacam-macam perubahan yang berlaku. Fakulti hamba kini bukan lagi Fakulti Seni Dan Muzik, tapi adalah Fakulti Seni, Komputeran & Industri Kreatif. Hamba juga telah usai menghantar ROS hamba pada supervisor, iaitu Dr Halim. Lebih ketara lagi, ramai rakan-rakan hamba yang kelihatan bertambah 'matang', mungkin disebabkan pengaruh ROS yang dialami di sekolah masing-masing. Malah, ada juga sebilangan rakan-rakan yang kini sedang galak memikirkan tentang 'pencarian teman hidup'. Hai, entahlah. Kadangkala nak tergelak pun ada, terutama bila melihat laman facebook mereka. Dahulu dengan title 'bujang' atau kosong sahaja, tapi kini telah terisi dengan perkataan 'mempunyai hubungan dengan....'.Asalkan mereka bahagia, sudahlah....

      Kadangkala terasa bosan pula bila pada usia ini, hamba telah diajukan dengan soalan seperti, "Bila nak kawin?", "Dah ada calon ke belum?", "Umur macam kau ni, kalau kawin dah patut ada 2 orang anak dah" dan sebagainya. Herm, kedengaran seperti menyibuk sahaja...bukan apa, dah kalau di hati masih belum terlintas nak berkahwin atau punya kekasih, takkan nak dipaksa? Bukan tak ada yang berkenan & masuk merisik, tetapi hamba menolak, kerana masih belum bersedia untuk menggalas tanggungjawab yang besar; ditambah lagi tanggungjawab hamba sebagai anak masih belum terlaksana, inikan pula nak menambah tanggungjawab lain. Kemudian, hamba sangat-sangat ingin menunaikan impian ayahanda (itu hamba tak boleh ceritakan, itu rahsia hamba). Tapi, hamba kasihan dengan bonda yang nampaknya macam sudah tidak sabar mahu menerima menantu, (entah-entah sampai tak sabar-sabar nak menimang cucu, kot). Ish, ngeri!Jadi, sabar ajalah bondaku.....sampai masa & jodoh, akan jadi juga....(ye ke?)

      Baiklah, sempena bulan yang mulia dan penuh rahmat ini, hamba ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Semoga bulan ini bukan sahaja memberi rahmat, malah mengajar kita erti kesabaran dan kekuatan; terutama kepada hamba sendiri; yang mana banyak tenaga akan digunakan untuk menyudahkan kerja-kerja studio nanti. Baiklah sampai di sini sahaja coretan hamba, sekiranya terlanjur kata, maafkan hamba kerana hamba ini juga makhluk yang lemah dan tidak sempurna seperti Pencipta kita, Allah S.W.T.

Ahad, September 13, 2009

Ramadhan Yang Bakal Melabuhkan Tirai Keberkatan-Nya, Syawal Yang Bakal Membawa Keriangan Dalam Kesedihan...

Assalamulaikum rakan-rakan blog yang dihormati...Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia dari-Nya..maka dapat kita semua berkumpul dan menyambut bulan yang mulia lagi diberkati ini...Hamba sekadar ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri" kepada saudara saudari seagama di seluruh dunia..juga tidak dilupa kepada rakan-rakan kita yang beragama Hindu yang bakal menyambut "Hari Deepavali" beberapa hari sebelum raya kita...

Seharusnya kita bersyukur dikurniakan sebuah negara yang makmur dan berbilang bangsa, kaum dan etnik. Keadaan ini disebabkan kita sememangnya adalah bersaudara walaupun bukan seagama. Apakah faedahnya kita bercakaran sesama sendiri, menyakiti sesama bangsa? Apakah keuntungan yang kita bakal perolehi daripada pertelingkahan yang tiada penghujungnya? Tahukah anda, disebalik kekacauan dan huru-hara ini ada mata-mata gelap 'pengintip' sedang asyik memerhati kita...bukan sekadar tersenyum, malah sudah boleh bertepuk tangan, malah berpesta meraikan kita yang rakus bertelagah sesama sendiri semata-mata kerana darjat, pangkat, harta dan kedudukan yang nyata kecil nilainya berbanding nilai ganjaran yang dijanjikan oleh Tuhan yang Maha Perkasa...Hamba kesal kerana sikap sesetengah pemimpin yang nyata mementingkan nilai-nilai negatif ini, berbanding nilai integriti dan kesepaduan antara kaum dan bangsa...mereka nyata meletakkan rakyat tak ubah seperti 'buah catur' yang digerakkan tanpa mengira waktu...permainan mereka tak ubah seperti pemain catur yang sentiasa mencari peluang untuk 'mematikan' lawannya.

Sepatutnya, para pemimpin kini hendaklah bekerjasama memikirkan bagaimana untuk memajukan serta memantapkan lagi sistem pentadbiran negara...akar dalam pentadbiran hendaklah dikukuhkan, bukan semakin dicantas, dikorek sehingga hampir rebah....ia sepatutnya dibaja, dijaga dengan baik...jika keadaan ini berterusan, maka tidak tercapailah matlamat pemimpin-pemimpin terdahulu bagi melihat negara ini membangun sampai bila-bila...tidakkah mereka sedar, bahawa sekiranya ia berterusan, kita akan dijajah semula??? Jika ia berlaku lagi, pada pendapat hamba, kita tidak akan lagi mengecapi nikmat kebebasan yang telah kita tempuh sebanyak 52 tahun ini. Tempoh kebebasan kita ini masih muda...tidak setanding dengan negara-negara lain yang mencapai kemerdekaan lebih awal...nama sahaja telah 52 tahun merdeka, tetapi kita masih lagi 'merangkak', 'bertatih' untuk menyempurnakan kemerdekaan tersebut...maafkan hamba, tetapi ini lah realitinya, remaja-remaja kini semakin alpa dalam kemewahan dan kesenangan (bagi yang berharta); semuanya kerana kasih sayang daripada ibubapa yang kadangkala melampaui batas...tiada istilah berdikari diberikan kepada anak-anak mereka...semuanya disuap dan ditunjukkan...mereka yang miskin dan papa pula; 'seperti lut sinar', bantuan tiba-tiba mencurah datang bila tibanya 'wartawan': bagi menunjukkan mereka itu pemurah...lebih-lebih lagi semasa bulan ini; Ramadhan Al-Mubarak...

Sepertimana yang telah hamba katakan, Ramadhan kian berlalu pergi...sudah cukupkah rasanya amal ibadat yang dilakukan? Hamba juga masih tercari-cari bilakah agaknya Lailatul Qadar....malam yang penuh dengan barkah...Syawal kian menampakkan diri...tapi, bagi hamba raya kali ini agak hambar...kerana nenda hamba yang disayangi telah berangkat pulang ke rahmatullah beberapa bulan yang lalu...tiada lagi senyuman penuh kasih di hadapan beranda, menyambut hamba ke pangkuannya...tiada lagi suara nenda memarahi cucu-cucunya yang masih kecil...tiada lagi nenda yang meminta hamba menghidupkan motorsikal antiknya yang sentiasa tidak hidup, nenda yang sentiasa mendorong hamba supaya jauh ke hadapan...Semoga Allah merahmatimu di sana...dikau akan ku kenang sehingga ke akhir hayat...

Itu sahaja tinta hamba pada pagi ini...bertemu kita lagi di warkah maya hamba yang seterusnya...

Buih Yang Berterbangan