Assalamualaikum salam ukhwah dan salam 1 Malaysia hamba ucapkan kepada rakan-rakan bloggers sekalian. Setelah beberapa lama hamba menyepikan diri, akhirnya hari ini dapatlah hamba meluangkan masa untuk melakar tinta sekali lagi di ruangan ini. Pada hari ini ingin hamba berkongsi ilmu dengan rakan-rakan semua berkaitan dengan kursus Penataran PBS Tingkatan 3 2013 yang kini hamba hadiri di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Besar, Tampin bermula pada 24 Oktober hingga 26 Oktober (Khamis hingga Sabtu) dan disambung lagi pada hari Isnin, 28 Oktober.
Suasana semasa kursus dijalankan, ketika ini sesi ke-2 sedang berlangsung
Tujuan kursus ini diadakan adalah bagi memberikan maklumat terbaharu terutama dari segi pemberian BAND bagi penghasilan karya (evidens) murid sekolah menengah, iaitu kepada murid Tingkatan 3 pada tahun hadapan. Sungguhpun kursus ini adalah berkaitan dengan PBS Tingkatan 3, tetapi masih boleh dikaitkan dengan skala pemberian band bagi PBS Tingkatan 1 dan 2. Kami semua diberikan penerangan dengan jelas serta perbincangan yang melibatkan penghuraian masalah serta membincangkan masalah-masalah berkaitan pelaksanaan PBS di sekolah serta berkaitan dengan masalah murid (yang mana seringkali ponteng, ada masalah komunikasi dan sebagainya). Sebagai orang baru dalam bidang ini, ternyata kursus ini telah memberikan impak yang sangat berkesan kepada hamba terutama dalam menjadi seorang penilai yang baik terutamanya dalam memberikan markah dan penyata band kepada pelajar. Perbincangan diadakan dalam acara yang padat namun santai, tetapi penuh dengan perbincangan dan informasi. Di sini juga, kami diberikan tips-tips bagaimana untuk menggalakkan pelajar untuk lebih meminati PSV sendiri serta menyelesaikan masalah dalam proses pentaksiran PBS. Keadaan ini dilihat memberikan manfaat terutama kepada guru-guru bukan opsyen (yang mengajar PSV, tetapi tidak mengikut opsyen pengajian semasa di pusat pendidikan atau universiti) bagi memperoleh informasi sekaligus melihat kemudahalihan PSV dalam pendidikan.
Hasil karya PSV dipamerkan di sudut yang disediakan
Rakan-rakan guru PSV yang bertandang ke sekolah ini membuat lawatan dan rujukan mengurus fail PBS PSV dengan baik
Fail Showcase yang disediakan mengikut guru yang mengajar