BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Halaman Yang Tercipta OlehKu

Sahabat-Sahabat Hamba Yang Dikasihi....

Papan Pernyataan / Pengumuman

1. Pengumuman!! Kini blog ini sedang menjalani penambahbaikkan sistem dan kemaskini data serta menaiktaraf terutama di bahagian Menu (yang mana akan ditambah dengan Sub Menu). Oleh itu, diharap anda semua dapat menyokong hamba dan bersabar sekiranya berlaku ralat semasa mengunjungi laman ini.

2. Dengan sukacitanya, hamba akan meng'upload' segala fail berkaitan dan diletakkan di blog ini menerusi beberapa laman web simpanan fail iaitu Ziddu, Hotfile atau 4Shared.(P/s: Disebabkan Ziddu kini tidak lagi berada dibawah Linkbucks, maka pautan di bawah failnya akan mempunyai sedikit masalah. Jika berlaku, gunakan link alamat di atas bermula dengan http:// atau tekan link bertulis "Pergi Terus Ke Laman Anda"

3. Apabila anda menekan sebarang link (pautan) atau 'button' di dalam blog ini, anda akan dibawa ke sublink Linkbucks. Anda hanya perlu tekan "Skip This Ad" (atau nombor 'counting' dari 5 ke 0) pada sebelah atas kanan dan ia akan membawa anda terus ke laman yang dikehendaki.

4. Pelayan Linkwithin telah dikeluarkan atas sebab tertentu;jadi gunakan Menu yang tersedia di atas, atau klik di bahagian "Label Buku Terjemahan, Video@Audio", "Catatan Hamba Yang Ter'Hot'" dan "Senarai Catatan Hamba".

5. Jika anda melawat laman ini, dipersilakan menulis sebarang komen, cadangan atau pertanyaan menerusi "Ulasan" atau "ChatBox". Anda juga digalakkan untuk "Like" FB yang tersedia juga menjadi ahli bagi blog ini.

6. Terdapat gangguan pada fail 4Shared (masalah copyright), jadi lagu-lagu itu tidak akan dapat didownload dalam masa ini. Harap rakan-rakan semua bersabar dan Insyaallah, hamba akan download dan update link bagi setiap lagu itu kembali; kerana kini hamba bekerja.

Sekian, terima kasih.

Sila "Like" Jika Suka Sangat!

Nak Tukar Font? Silakan....

Translator Bahasa Hamba!

Memaparkan catatan dengan label Pengumuman Yang Mengejutkan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengumuman Yang Mengejutkan. Papar semua catatan

Jumaat, Jun 21, 2013

Mari Singgah Ke Restoran Selera Pok Long Di Terengganu Sebentar!!!




Assalamualaikum w.r.t. Pada warkah hamba pada hari ini, ingin hamba sama-sama mewar-warkan mengenai sebuah restoran yang menyediakan banyak hasil hidangan masakan yang lazat serta mampu membuatkan anda menjilat jari sendiri tatkala habis menjamahnya! Adapun restoran ini terletak di negeri yang sangat terkenal sebagai negeri penyu bertelur serta bak kata penyanyi Salim Iklim, "Ganu Kite!!" dan sangat popular dengan aneka masakan lauk yang serba panas, dari masakan tengaharinya sehinggalah ke malam terbit purnama. Bak kata orang, "Tak Kenal Maka Tak Cinta"lah kita dengan hidangannya, selagi kita tidak mampu untuk merasa keenakan masakan yang sebahagian besarnya bersandarkan keenakan dan kemanisan aneka makanan dari laut; seperti ikan, udang, sotong, kepah dan sebagainya! Tambahan pula, kesemua bahan ini diambil terus dari jeti bagi mengekalkan keenakan dan kemanisan masakan yang dihasilkan. Jom kita intai sedikit menu-menu bagi masakan popular di restoran ini!


Ha, ini baru sedikit hidangan yang dimakan oleh salah satu pelanggan di restoran ini, sudah penuh satu meja! Terdapat banyak lagi lauk pauknya! Jom!



Antara artis tempatan yang dah menikmati masakan di restoran ini!! Antaranya Faizal AF4 dan Afdlin Shauki!!


Restoran ini diberi nama sebagai Restoran Selera Pok Long dan tempatnya strategik terletak di PT4, Tingkat Bawah Pekan Bukit Payong, 21600 Terengganu Darul Iman. Restoran ini menyediakan pelbagai sajian bagi masakan tengahari antaranya masakan tradisional Terengganu dan istimewanya lagi keenakan Gulai Ayam Kampung, Gulai Kawah, Gulai Daging serta 3 lagi gulai yang mampu membuatkan anda tidak jemu untuk menjamahnya! Lebih dahsyat lagi, mungkin sampai teringin hendak membawanya pulang untuk santapan kali kedua pula di rumah! Jadi tunggu apa lagi? Datanglah ke restoran Selera Pok Long!



Sedapnya!! Nampak sangat menyelerakan!!! Inilah Gulai Ayam Kampung &Gulai Daging!!


Tengok tu!! Sampai tak menang tangan nak mencedok lauk ini untuk pelanggan! Sampai nak bawa balik lagi! Anda? Bila pula?


Isnin, Oktober 08, 2012

Perhatian! Kepada Rakan-Rakan ISMP Negeri Pahang!! ~ SILA AMBIL PERHATIAN!


Assalamualaikum kepada semua rakan-rakan Bloggers. Di sini ingin hamba membuat satu pengumuman berkaitan dengan ISMP. Setelah mendengar dan membaca mengenai kedudukan ISMP di dada akhbar dan juga televisyen sendiri, pihak pelajar yang bernaung di bawah kumpulan Graduan ISMP 2nd  Batch telah sepakat untuk menghantar memorandum kepada pihak berwajib untuk mempertimbangkan perkara berkaitan isu temuduga (interview) guru dan juga isu posting. Maka dijadualkan pada 2 November 2012 bersamaan hari Jumaat kelak, akan dibuat proses penyerahan memorandum kepada pihak berwajib di pejabat mereka d Putrajaya, jam 3.00 petang. Tujuan memorandum ini dibuat adalah untuk:

1. Menjelaskan isu graduan ISMP IPTA yang tamat sebelum Jun 2012 tetapi tidak diberikan kata putus posting seperti yang dijelaskan kepada graduan JQAF.

2. Menuntut KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia) memberi penjelasan tentang prosider dan jaminan penempatan guru bagi 4,500 ISMP IPTA sama ada yang tamat sebelum Jun 2012 dan selepas Jun 2012.

3. Memastikan penempatan guru yang dijamin kelak dilaksanakan pada bulan Januari hingga Mei 2013.

Oleh itu, hamba sebagai salah seorang ISMPian 2nd Batch ingin meminta agar rakan-rakan ISMPian dari semua universiti dan mengambil bidang pendidikan serta telah bergraduat sebelum atau selepas bulan Jun 2012 untuk menjadi ahli kepada Group Facebook Graduan ISMP 2nd Batch. Selain itu, diseru juga kepada rakan-rakan ISMPian yang menetap di Pahang, mendaftar di group Graduan ISMP Pahang 2012. Di sana, rakan-rakan akan dikehendaki memberi maklumat diri kepada wakil daerah masing-masing, melalui INBOX atau PESANAN.

Antara wakil mengikut daerah di Pahang adalah (mengikut nama FB masing-masing):

Daerah Raub - Cik A Tiq
Daerah Maran dan Jengka - Cikgu Haiy
Daerah Rompin/Muadzam Shah - Wa Mei dan Zila Norazilah
Daerah Kuantan - Mikail Azlan dan Hanim Azahar
Daerah Temerloh - Najibah Sham Saiful Bahari dan Dyana Arshad
Daerah Pekan - Anah Barkhia

Anda hanya diminta untuk menyerahkan nama penuh dan nombor telefon kepada wakil-wakil daerah ini. Maklumat untuk perjumpaan pula akan dimaklumkan oleh wakil-wakil tersebut. Oleh itu diminta rakan-rakan semua, terutama rakan-rakan ISMP Negeri Pahang bagi setiap universiti akan dapat memberi respond mengenai pengumuman ini. Di sini hamba lampirkan sekali link ke laman group terbabit.

1) GROUP FB GRADUAN ISMP PAHANG 2012 (TEKAN DI SINI)

2) GROUP FB GRADUAN ISMP 2ND BATCH (TEKAN DI SINI)

Bagi perjumpaan di Putrajaya dikehendaki sekurang-kurangnya 1000 org Graduan ISMP untuk turun padang bagi menyokong tujuan penyerahan ini.

Sekian, terima kasih.

P/s : Ya Allah, Kau permudahkanlah urusan kami. Kau permudahkanlah rezeki kami dan permudahkanlah haluan kami dalam menuntut hak.

Sabtu, Mac 03, 2012

Langkah Pertama Untuk Menjadi Seorang Guru - Pendaftaran Di SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan)

Assalamualaikum w.r.t kepada semua rakan-rakan bloggers yang dikasihi. Alhamdulillah, dengan penuh limpah berkah dan kurnianya, hamba telah berjaya menamatkan pembelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Insyaallah, jika dikurniakan rezeki; hamba akan menjalani istiadat konvokesyen mungkin pada bulan September nanti kelak. Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh UPSIKINI blogspot menyatakan bahawa kami, bekas-bekas pelajar hendaklah mendaftar atau mengemaskini maklumat berkaitan sekiranya bagi membolehkan kami ditemuduga mungkin dalam masa terdekat iaitu pada bulan 5 atau 6 nanti; iaitu sebelum majlis konvokesyen dijalankan. Di sini ingin hamba berkongsi maklumat dan memberi sedikit link  laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan


1. Sebelum memohon, PASTIKAN anda membaca Panduan Permohonan terlebih dahulu. Ingin diingatkan di sini, bahawa link "Panduan e-permohonan" masih belum dibuka kepada semua bakal pemohon; tetapi sentiasa ambil tahu dan layarilah laman ini selalu bagi memastikan anda tidak ketinggalan untuk memohon kelak. Anda boleh lihat pada gambar di bawah. (Maklumat yang dimasukkan adalah dalam bentuk pdf.)


(SILA KLIK PADA NAMA YANG DI'BOLD' UNTUK TERUS MASUK KE LINK)

2. Setelah selesai melihat Panduan Permohonan, anda semua boleh membuat Daftar Permohonan Baru, seandainya baru kali pertama mendaftar. Jika anda sudah mendaftar, anda boleh masuk melalui link Log Masuk. Anda boleh melihat gambar di bawah.


Nota : PASTIKAN apabila anda memohon, anda memohon jawatan yang betul, supaya tidak mendatangkan kesulitan di kemudian hari.

Pesanan :
Setelah selesai mengisi permohonan, anda semua hendaklah sentiasa mengemaskini maklumat-maklumat berkaitan terutama alamat surat- menyurat anda, terutama yang berpindah dan sebab-sebab yang lain. Di sini ingin hamba ucapkan selamat berjaya kepada kawan-kawan yang dihormati dan selalu ambil tahu mengenai  kepentingan semasa.

Ahad, Januari 01, 2012

Perjalanan Menuju Ke Tahun Baru Serta Kegemparan Di UPSI!

      Assalamualaikum kepada semua sahabat-sahabat serta rakan-rakan blog dari seluruh dunia. Maaf andainya sudah sekian lama tidak mengungkapkan madah kata di laman ini. Hanya kehadiran Tayangan Perdana sahaja yang kerap menjenguk laman ini. Arakiannya, hamba sepanjang 2 minggu ini sibuk dengan ulah assignment serta pengurusan bagi merealisasikan Projek Tahun Akhir hamba yang dikira masih dalam perancangan lagi. Alhamdulillah, dengan berkat dan keizinan Yang Maha Esa, akhirnya hamba usai menyelesaikan tugasan-tugasan dengan jayanya walaupun serba kekurangan dek penangan masa dan kewangan yang kurang menentu. Syukur juga diucapkan kepada Allah S.W.T kerana diberi rezeki di saat-saat kesempitan yang melanda, dapatlah kami, pelajar-pelajar tahun akhir jurusan Pendidikan Seni (AT23) menampung hidup yang adanya masih tersisa di bumi UPSI ini.

      Sungguhpun ceritera yang hamba utarakan agak kelewatan waktunya, namun hamba tidak mengambil endah semuanya. Asalkan hamba dapat mengutarakan apa-apa sahaja yang difikirkan perlu dan patut dikongsi, hamba akan tulis mahupun cerita walaupun sesuatu itu sudah berkurun lamanya berlalu. Kelmarin (Jumaat, 30 Dis 2011), ketika dalam perjalanan ke studio untuk menyelesaikan tugasan, hamba terserempak dengan seekor kucing; yang hamba kira sudah sarat buntingnya merayau-rayau tidak tentu sambil mengiau-ngiau nyaring. Telatahnya itu nyata memancing penglihatan hamba seketika, tambahan pula kucing itu kelihatan 'bersungguh-sungguh' benar mengikuti setiap iringan langkah rakan-rakan mahasiswa yang melintasi kawasan tersebut, dengan pandangan mata yang sayu dan agak 'desperate'. Rakan-rakan mahasiswa seperti orang malas, tidak langsung mempedulikan 'rayuan' si comel itu. Semuanya pentingkan diri sendiri sahaja! Lalu, hamba tinggalkan seketika kucing peliharaan Pak Guard UPSI, bernama "Che Pah" (KLIK DI SINI : KISAH CHE PAH) dan bergerak ke arah kucing itu. Kedatangan hamba itu nyata memancing si comel itu untuk membuntuti hamba ke tepi jalan yang agak lengang. Kucing itu sarat benar, seperti menunggu waktu untuk 'meletup' sahaja. Lalu hamba bertanya sedikit 'soalan' pada si kucing yang hamba panggil "Si Cemong"



Si Cemong sedang lahap memakan Coco Crunch; sebelum Che Pah datang dan mengajaknya makan Frieskis tin.

      Rupa-rupanya, kucing itu benar-benar kelaparan; tatkala hamba mengeluarkan makanan ringan. Hamba agak keberatan memberikannya disebabkan ia bukannya makanan kucing atau 'chekedis' ayam, ikan atau udang, sebaliknya Coco Crunch! Lebih malang, semua gerai masih belum membuka jendela mereka; kerana waktu masih awal iaitu pukul 7 pagi (Semua gerai dan kedai makan di hadapan Pintu Timur UPSI buka pada jam 8.30 pagi). Lalu, tanpa pilihan, hamba suakan juga makanan itu. Bayangkan betapa laparnya si comel itu lahap meratah makanan yang bukan jenisnya; makanan bercoklat! Laju juga air mata ini menitis, sambil mengusap kepala Si Cemong. Dia seolah-olah memahami keadaan hamba yang serba-salah sebab ketiadaan makanan lain untuk diberi. Sedang hamba leka melihat Si Cemong makan, hamba didatangi oleh Che Pah. Che Pah seolah-olah memujuk Cemong untuk mengikutinya (lalu Cemong ikut sekali) ke pondok guard. Rupa-rupanya di sana, sudah ada makanan yang disediakan oleh pak guard untuk Che Pah dan paling mengharukan, Che Pah mengajak Cemong makan bersama-samanya; iaitu makan Friskies dalam tin! Besarnya kebesaran-Mu, Ya Allah! Hamba jadi insaf sendiri bila melihat kejadian ini. Sedangkan haiwan pun ada simpati, inikan pula manusia! Mana perginya simpati pada haiwan ini di kalangan mahasiswa? Che Pah hamba  tidak nafikan, disebabkan dia cantik dan terurus, semua hendak membelainya, bahkan memberinya makan. Tapi, Si Cemong? Mimpi sahajalah, malah disepak kerana 'kehodohannya'.


Khamis, Julai 30, 2009

Keadaan Yang Agak Membimbangkan....

Ketika ini, ramai pelajar UPSI telah pulang ke rumah masing-masing. Pada permulaannya, pihak universiti telah mengeluarkan arahan bahawa kami tidak dibenarkan pulang. Namun, kira-kira pukul 1 ptg, pihak pentadbiran mengeluarkan arahan bahawa kelas bermula 29 Julai (Rabu) sehingga 31 Julai (Jumaat) dibatalkan serta merta.

Lebih mengejutkan lagi, cuti semester kami turut diawalkan dan berturutan dengan kelas yang dibatalkan. Ini bermakna: kami semua diarahkan untuk pulang dengan serta merta. Keadaan ini mencetuskan sedikit panik, tetapi semasa pengumuman dibuat terdapat juga teriakan gembira dari sesetengah pelajar. Bagi hamba, keadaan ini agak menyusahkan. Keadaan ini disebabkan hamba tidak akan dapat memperolehi ilmu dalam waktu dan keadaan yang sepatutnya (dirancang) serta mengganggu waktu hamba untuk ke studio bagi membuat tugasan amali.

Sungguhpun begitu, hamba mengerti bahawa tindakan ini dijalankan supaya para pelajar tidak 'sewenang-wenangnya' dijangkiti oleh penyakit berbahaya ini. HEPA sememangnya telah menjalankan tangungjawab dengan baik dan akhirnya dapat meyakinkan pihak akademik supaya 'melepaskan' pelajar pulang demi mengelakkan penularan yang lebih serius. Hamba juga tidak menyalahkan pihak Akademik kerana mereka telah bertungkus lumus menyusun jadual dan aktiviti bagi para pelajar; maka semestinya perancangan itu dijalankan atau diikuti. Namun, keadaan nyata tidak mengizinkan.

Hamba merupakan jenis yang tidak mudah mengalirkan air mata; tetapi mudah merasa sayu sekiranya orang yang disayangi dan rapat pergi. Dalam rasa yang bercampur baur itu jugalah, hamba menghantar sahabat hamba yang dikasihi ke pengangkutannya. Rasa itu dipendam jauh-jauh dalam hati, takut tidak dapat bertemu lagi. Mungkin itulah rasa sayang yang sememangnya sudah lama terbit dalam hati setiap manusia, lebih-lebih lagi ikatan persaudaraan sesama manusia. Malam ini juga telah membuatkan hamba 'membongkar' rahsia dalam diri yang dipendam kepada sahabat hamba itu. Biarlah hamba dan dia sahaja yang tahu.


Hamba dan rakan baik hamba ketika menyertai Pameran Batik Tradisional: Inspirasi Tradisi anjuran pelajar-pelajar kursus Studio Batik Tradisional & Studio Batik Lanjutan di Galeri UPSI (kami turut sama kerana kami turut mengambil kursus tersebut) serta Wacana Bersama Kartunis : Dato' Lat di Panggung Budaya, Fakulti Seni dan Muzik, UPSI

Oleh itu, hamba berharap agar semua berada dalam keadaan yang selamat dan sejahtera selalu.

Sekian, pena hamba merungkai tabir hari ini. Kita bertemu lagi di catatan seterusnya.

Wassalam.

Buih Yang Berterbangan