Papan Pernyataan / Pengumuman
Tanggungjawab serta tugas seorang guru ialah satu ibadah. Konsep ibadah yang tersirat dalam tugas guru inilah yang menjadikan seorang guru itu diakui, dihormati, disegani serta disanjung oleh masyarakat. Guru mestilah mempunyai tekad dan komitmen yang tinggi untuk mendidik anak bangsa, memberi khidmat yang terbaik serta sanggup mempertahankan keagungan profesionnya, selain terus berusaha untuk meningkatkan mutu, taraf dan imejnya.
Oleh yang demikian, imej profesion perguruan ini hendaklah dipelihara supaya tidak dicemari dengan unsur-unsur negatif, yang boleh memburukkannya. Elakkanlah melakukan perkara-perkarayang bercanggah dengan etika profesion perguruan. Jagalah nama baik guru supaya guru sentiasa dihormati. Kita tentu tidak mahu pelajar menjadi mangsa kepada salah laku guru. Haruslah diingat bahawa guru telah diamanahkan oleh ibu bapa untuk mendidik anak mereka dan oleh rakyat untuk mendidik anak bangsa. Oleh itu, janganlah amanah ini dikhianati dan diabaikan.
Rekod cemerlang sistem pendidikan kita dan semangat berkhidmat yang tulen di kalangan guru dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab telah berjaya menyediakan dan membekal sumber tenaga mahir dan berpengetahuan untuk mengisi keperluan negara. Memang kita terhutang budi kepada khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh para guru. Kita sendiri telah melihat hasilnya dengan jumlah cerdik pandai dan tenaga ikhtisas yang dihasilkan yang mana hari ini merupakan penggerak kepada program pembangunan negara.
0 ulasan:
Catat Ulasan