Resepi 2 : Ayam Stim Ala Hainan
Bahan-bahan :
1 ekor ayam (dipotong 8 bahagian)
8 sudu kecil minyak bijan
5 sudu besar sos tiram
5 sudu besar kicap cair
3 sudu besar kicap pekat
4 sudu kecil minyak seasoning MAGGI
1 1/2 mangkuk kecil madu lebah
5 ulas bawang putih (diketuk)
1 ibu jari halia (dihiris halus)
1 kiub pati ayam
2 cawan kecil air
Sedikit lada hitam dan lada putih
Sedikit daun ketumbar
2 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
Timun dan kobis (dipotong halus) - Hiasan
Cara Menyediakannya :
1. Basuh ayam yang dikerat 8 tadi sebersihnya. Angkat dan toskan.
2. Campurkan minyak bijan, sos tiram (3 sudu), kicap cair, kicap pekat (2 sudu), minyak seasoning, lada hitam dan lada putih serta madu di dalam sebuah mangkuk besar. Gaulkan pada ayam sehingga betul-betul rata.
3. Peram ayam selama 3 jam atau 4 1/2 jam.
4. Sediakan pengukus.
5. Bekas isian ayam diletakkan dengan halia dan bawang putih yang telah disusun. Letakkan ayam di tengah-tengah bekas.
6. Kukus ayam. Tunggu sehingga air tos ayam keluar atau separuh masak.
7. Perlahankan api pengukus. Sediakan kuali kecil. Isikan sedikit air dan masukkan kiub pati ayam.
8. Masukkan air tos ayam yang dikukus tadi ke dalam kuali beserta halia dan bawang putih. Masukkan sekali baki sos tiram dan kicap pekat.
9. Masukkan garam dan gula.
10. Apabila kuah mendidih dan pekat sedikit, siram kuah ke atas ayam.
11. Pastikan siram kuah ke atas ayam setiap 15 saat (selama 3 minit) menggunakan api yang kecil sahaja.
12. Apabila sudah masak, angkat ayam dari bekas (kuah tinggalkan di dalam bekas) dan potong ketika masih panas.
13. Hiaskan dengan potongan timun, kobis dan daun ketumbar. Semasa menghidang, ambil kuah yang di dalam bekas dan siram ke atas ayam yang telah siap dihias.
* Makanlah ketika ia masih lagi panas. Boleh dihidangkan sebagai Nasi Ayam atau sebagai menu utama untuk sup. Jika nak tambah cendawan pun boleh. Sangat baik untuk kesihatan dan kuahnya sesuai untuk beri pada orang demam (untuk naikkan selera makan) atau dibuat bubur.
0 ulasan:
Catat Ulasan